The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lornadola, 2020-05-07 00:28:25

PLC BINA KUIZ DALAM GOOGLE FORM

PLC PANITIA BM

Keywords: PANITIA BM

Buka google drive.
Klik new.

Klik more.
Klik google form.

Akan keluar Untitle form ..
Di situ nanti kita akan masukkan tajuk kuiz.

Klik pada setting di bahagian atas kanan tu.

Akan keluar seperti di bawah. Klik quizess.
Jika dah klik quizess tu kita bolehla set markah nanti.

Kemudian klik pada bahagian make this a quiz.
Klik save di bawah sekali.

Kemudian tukarkan Untitle form kepada tajuk .
Pada description bolehlah nak masukkan apa-apa maklumat.
Tak letak pun tiada masalah.

Seterusnya, pada ruang untitled question boleh masukkan nama murid.
Di sini nanti murid akan masukkan nama mereka.

Klik bahagian tepi ini dan pilih short answer.
Pada bahagian ini pula pilih required.

Untuk menambah soalan, klik tanda ‘+ ‘ di bahagian kanan ini.

Masukkan kelas pula.
Kalau lebih daripada 1 kelas,
klik multiplechoice.
Jangan lupa klik required.

Sekarang kita sudah sedia untuk membuat soalan.
Klik sekali lagi pada tanda ‘+’.
Kemudian taipkan soalan atau copy paste daripada mana-mana
soalan yang ada dalam simpanan kita.
Pada bahagian tepi klik multiple choice untuk pilihan jawapan.
Seterusnya klik answer key.

Klik pula pada jawapan yang sebenar dan klik markah yang kita
mahukan untuk setiap soalan yang betul. Jangan lupa klik done.

Bagi soalan seterusnya, klik lagi tanda ‘+’ . Bagi memudahkan kita ,
terus setkan required dan klik lagi answer key bagi setkan markah
untuk semua soalan.
Biarkan dahulu bahagian tersebut tanpa soalan.
Kemudian klik duplicate ikut jumlah soalan yang kita nak buat.
Jadi, semua bahagian sudah diset required dan set markah.
Lepas tu bolehla buat soalan pada setiap bahagian tu.

Kalau nak edit soalan, klik sahaja pada soalan yang kita nak edit
tu. Contohnya nak masukkan gambar ker video ker. Klik tanda ini
untuk masukkan gambar.

Atau bawa kursor ke sini dan akan keluar simbol imej.Boleh klik situ juga.

Kita bolehlah pilih gambar dari files atau gallery atau nk google
pn boleh juga.

Pilih gambar tersebut dan klik 'open‘ .

Baik. Gambar pun dah masuk dalam soalan. Boleh kecilkan
siz dan sesuaikan ikut kesesuaian, nak letak tepi ke tengah
ke..

Ulang langkah –langkah tadi untuk buat soalan seterusnya .
Senang sahaja kan.

Kalau nak masukkan video, copy link video kemudian klik insert
video dan paste link tadi. Pilih video yang keluar tu.

Dah ada video yang kita nak tadi .Boleh adjust kedudukan,
boleh sesuaikan nak kecilkan atau besarkan.

Simbol ini untuk add section.
Contohnya nak buat bahagian-bahagian soalan A, B, C.
Untuk soalan objektif biasanya kita tak buatlah. Nak buat
pun boleh sahaja.

Simbol ini untuk masukkan teks, kira macam penutup selepas
habis semua soalan kita. Nak tulis tahniah ke....terima kasih ke,
nak masukkan gambar pun boleh.

Selesai sudah set soalan kita.
Bolehlah klik preview pada bahagian atas tadi.

Dan keluarlah soalan kita tadi. Bolehlah semak kalau ada salah ke
boleh edit semula.Klik pangkah nanti akan kembali ke lembaran
kuiz yang kita buat tadi.

Langkah terakhir , dapatkan link untuk diberi kepada murid.
Klik send, klik simbol link, klik shorten link, copy dan paste la pada
telegram aatau whats app.

Sebelum kita beri link kepada murid,bolehlah cuba jawab dulu.
Kemudian apabila kita buka fail soalan tadi, akan keluar jumlah
responses sebab kita dah cuba jawab. Klik pada responses akan
keluarlah nama murid yang jawab siap ada graf.

Kalau nak padam bilangan responses tu klik pada 3 titik di atas tu
dan delete all responses.

Kita juga boleh masukkan petikan yang panjang, lajur betul atau
salah, pilihan aneka jawapan jawapan .
Kita juga boleh masukkan header yang cantik pada tajuk kita .
Kita juga boleh jana sijil untuk murid-murid.
Siri PLC seterusnya kita akan buat semua yang di atas ya.

Selesai sudah.

Saya akan daftarkan nama cikgu dalam PLC 4 jam ( 2 jam + 2 jam )
jam untuk sesi ini. Dengan syarat… haha

Cikgu cubalah buat 1 set kuiz dan kongsikan dalam grup telegram
MUNSYI ya.
Buat 5 soalan dalam tu pun boleh ,untuk percubaan dan latihan.

Jom sama-sam tambah kemahiran kita .

Selamat mencuba.


Click to View FlipBook Version