The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nukilan_unggul, 2021-12-29 23:35:11

Mari Kenali Sawit

Flipbook

MARI KENALI

LET’S LEARN ABOUT OIL PALM

Majlis Minyak Sawit Malaysia
Malaysian Palm Oil Council

Cetakan Pertama 2021
© Nukilan Unggul Sdn bhd
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula
mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku
ini dalam sebarang bentuk dan dengan apa jua cara sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, dan sebagainya
sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.
Diterbitkan oleh:
Nukilan Unggul Sdn Bhd (796423-D)
No. 16-1, Jalan Alam Damai 1,
Damai 23, 56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-9105 5115
E-mel: [email protected]
Laman Web: http://www.nukilanunggul.com.my

isi KANDUNGAN 4
9
contents 11
14
1 • PENGENALAN 15
• INTRODUCTION 16
17
2 • SEJARAH SAWIT 19
• THE HISTORY OF PALM OIL 22
24
3 • PROSES PENANAMAN SAWIT
• OIL PALM CULTIVATION PROCESS

4 • SAWIT DAN CIRI-CIRINYA
• OIL PALM AND ITS CHARACTERISTICS

5 • SAWIT, TANAMAN PRODUKTIF
• OIL PALM, A PRODUCTIVE PLANT

6 • BUAH SAWIT DAN MINYAKNYA
• OIL PALM FRUIT AND ITS OILS

7 • PENSIJILAN MSPO
• MSPO CERTIFICATION

8 • SAWIT, TANAMAN MESRA ALAM
• OIL PALM, AN ENVIRONMENT-FRIENDLY PLANT

9 • SALAH FAHAM MENGENAI MINYAK SAWIT
• THE MISCONCEPTIONS OF PALM OIL

10 • NEGARA PENGELUAR MINYAK SAWIT
• PALM OIL PRODUCING COUNTRIES

11 • SAWIT, TANAMAN SERBAGUNA 26
• A VERSATILE OIL PALM 27
32
12 • CIRI-CIRI ISTIMEWA MINYAK SAWIT 36
• SPECIAL QUALITIES OF PALM OIL 41
44
13 • PEMPROSESAN BUAH TANDAN SEGAR 47
• THE PROCESSING OF FRESH FRUIT BUNCHES

14 • PELBAGAI KEGUNAAN MINYAK SAWIT
• PALM OIL AND ITS USES

15 • MINYAK SAWIT PENUH KEBAIKAN
• PALM OIL FULL OF GOODNESS

16 • KEPENTINGAN INDUSTRI SAWIT
• THE IMPORTANCE OF OIL PALM INDUSTRY

17 • UJI MINDA
• TEST YOUR KNOWLEDGE

1 PENGENALAN
INTRODUCTION

Hai! Saya Cikgu Ratna. Saya Hai! Nama saya Ammar. Saya
mengajar subjek Sains untuk seorang pelajar Tingkatan 4.
pelajar sekolah menengah.
Hi! My name is Ammar and I am
Hi! My name is Ms. Ratna. I teach a Form 4 student.
Science to secondary school
students.

4

Hai! Saya Azlan. Saya bekerja
sebagai penyelia di ladang sawit.
Hi! My name is Azlan. I work as a
supervisor at an oil palm plantation.

Hai! Saya Razak. Saya bekerja
sebagai penyelia di kilang sawit.
Hi! I am Razak and I work as a

supervisor at a palm oil mill.

5

Semua pelajar Tingkatan 4 Bestari berasa sangat gembira. Pada hari ini, mereka
akan ke ladang sawit untuk menyertai program lawatan sambil belajar. Mereka akan

ditemani oleh Cikgu Ratna yang bertanggungjawab sebagai guru pengiring bagi
lawatan tersebut.

The students of Form 4 Bestari are very happy today. They will be going on a field trip
to visit an oil palm plantation. Their teacher, Ms. Ratna, will be accompanying them
during the trip.

6

Semasa dalam perjalanan, Cikgu Ratna mengingatkan pelajar-pelajar untuk sentiasa
menjaga barang mereka dan mengikut arahan yang diberikan. Beberapa orang pelajar

sedang mendengar lagu manakala ada juga di antara mereka yang memandang ke
luar tingkap dengan gembira sambil menunggu untuk tiba di ladang sawit.

During the journey, Ms. Ratna reminded them to always take care of their belongings and
follow the instructions given. Some of the students listened to songs, while others enjoyed

the scenery as they waited to arrive at the plantation.

7

Akhirnya, mereka tiba di Ladang Sawit Merdeka. Kedatangan
mereka disambut oleh Encik Azlan, seorang penyelia di ladang
sawit.
Upon their arrival at Merdeka Oil Palm Plantation, they were
welcomed by Encik Azlan who works as a supervisor at the
plantation.

Selamat pagi! Saya Azlan. Saya sangat berbesar hati
menerima kunjungan anda semua. Selepas ini kita akan

bergerak menuju ke ladang sawit yang berdekatan.
Good morning! My name is Azlan and I’m happy to see
all of you here. After this, we will be going to the nearby

plantation.

8

2 SEJARAH SAWIT
THE HISTORY OF PALM OIL

Apabila mereka tiba di ladang sawit tersebut, mereka sangat teruja melihat
pokok-pokok sawit yang tumbuh dengan subur di Malaysia.

When they arrived at the plantation, they were amazed to see the oil palm trees
growing so well in Malaysia.

1 2 Sudah tentu. Mari saya terangkan mengenai sejarah
Encik Azlan, boleh terangkan pokok sawit. Pokok sawit atau nama saintifiknya,
Elaeis guineensis, berasal dari Afrika Barat.
kepada kami mengenai
sejarah pokok sawit? Well, let’s start with a little background on the oil
palm trees. Oil palm trees or its scientific name, Elaeis
Adakah ia memang berasal
dari Malaysia? guineensis, originates from West Africa.

Encik Azlan, can you tell us 3
the history of the oil palm Sawit mula-mula dibawa
trees? Did it really originate ke negara ini oleh penjajah

from Malaysia? British untuk dijadikan pokok
hiasan di dalam taman
pada tahun 1870-an.

It was first brought into this
country by the British in the

1870’s as an ornamental
plant.

9

Industri minyak sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917 dengan penanaman komersial
pertama dilakukan oleh pengembara Perancis, Henri Fauconnier di Batang Berjuntai (Bestari
Jaya), Selangor.
The Malaysian palm oil industry started in 1917 when the first commercial planting took place in
Batang Berjuntai (Bestari Jaya), Selangor by a young Frenchman named Henri Fauconnier.
Sawit mula bertapak secara meluas di Malaysia pada tahun 1960-an. Ketika
itu, kerajaan Malaysia memperkenalkan skim penerokaan tanah untuk
penanaman tanaman industri.
Tujuan utama skim ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk
luar bandar dengan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada
mereka.
The oil palm started to make Malaysia its home on a large scale in the
1960’s. This started when the Malaysian Government introduced a land
cultivation scheme for the purpose of planting industrial plant.
The purpose of this scheme was to raise the standard of living for the rural
population by providing job opportunities for them.

10

3 PROSES PENANAMAN SAWIT
OIL PALM CULTIVATION PROCESS

2
Pokok sawit memerlukan penjagaan yang rapi
untuk membesar dengan sempurna, seterusnya
mengeluarkan hasil yang banyak. Proses
penanamannya dimulai dengan pemilihan benih
sawit yang terbaik untuk disemai.

Oil palm trees need proper care in order for them
to grow well and become productive. It starts with

selecting the best seeds for planting.

1
Bagaimanakah kita

memastikan pokok sawit ini
hidup dengan subur?

How do we ensure that the oil
palm trees grow well?

11

Untuk menghasilkan minyak sawit yang
berkualiti, langkah-langkah berikut perlu

dilakukan.

The following procedure is taken to
produce oil palm of the best quality.

1

Hanya benih sawit yang 2
terbaik sahaja dipilih untuk
Benih sawit yang disemai
disemai. akan dipindahkan ke
dalam polibeg di tapak
Only the best oil palm seeds semaian dan dijaga
are selected for planting. selama 12 hingga 15
bulan.

The germinated oil palm
seeds are transferred into
polybags and cared for
at the nursery for 12 to 15

months.

12

5

3 4 Pokok sawit mula berbuah 30
bulan selepas dipindahkan ke
Anak-anak pokok sawit yang Langkah berjaga-jaga sentiasa ladang. Pokok-pokok ini terus
sihat dan sempurna sahaja diambil untuk mencegah
akan dipindahkan ke ladang. berbuah selama 20 hingga
serangan serangga perosak 30 tahun, sebelum digantikan
Only healthy oil palm dan penyakit ke atas pokok- dengan pokok-pokok yang baru.
seedlings are transplanted to
pokok sawit di ladang. The trees start bearing fruits after
the plantations. 30 months of being transplanted
Precautions are always taken to the plantation. They continue
to prevent pest attacks as
well as diseases at oil palm to bear fruits for the next 20 to
plantations. 30 years, before being replaced

with new trees.

13

4 SAWIT DAN CIRI-CIRINYA
OIL PALM AND ITS CHARACTERISTICS

Apakah ciri-ciri pokok sawit?
What are the characteristics of oil

palm trees?

Tanaman minyak sayuran Memiliki kedua-dua bunga
yang paling produktif. jantan dan betina pada
The most productive oil- pokok yang sama.
bearing crop.
It bears both male and
Berbuah sepanjang tahun female flowers on the
apabila matang.
same tree.
Produces fruits all year
long, once matured. Jangka hayat ekonomi
yang panjang di antara

20-30 tahun.

Long economic lifespan of
20-30 years.

14

5 SAWIT, TANAMAN PRODUKTIF

OIL PALM, A PRODUCTIVE PLANT

1 Wah, patut lah pokok sawit ini
tumbuh dengan subur. Kawan-
kawan, lihat buah sawit di atas
pokok itu. Banyaknya!

Wow, no wonder oil palm trees grow
well here. Hey, look at the amount of
fruits on that tree. That’s a lot of fruits!

2

Ya, betul. Tanaman sawit sangat produktif dan
menguntungkan kerana ia mengeluarkan hasil yang
berterusan dan tinggi selama 20 hingga 30 tahun. Jika
dibandingkan dengan tanaman minyak sayuran yang lain,
sawit tidak memerlukan keluasan tanah yang besar untuk
menghasilkan kuantiti minyak sayuran yang tinggi.

The oil palm is truly productive and profitable. The high yield
of oil palm can continue for 20 to 30 years. The planting of oil
palm requires less land compared to other oil yielding crops.

Sebatang pokok sawit yang subur boleh menghasilkan
kira-kira 26 Buah Tandan Segar (BTS) dalam masa setahun.
Banyaknya bilangan buah yang dihasilkan!

A healthy oil palm tree can produce approximately 26 Fresh
Fruit Bunches (FFB) per year. That’s a lot of fruits!

15

6 BUAH SAWIT DAN MINYAKNYA
OIL PALM FRUIT AND ITS OILS

Mari saya terangkan lebih lanjut mengenai
buah sawit. Terdapat dua jenis minyak yang
dihasilkan oleh buah sawit iaitu minyak sawit
dan minyak isirung sawit.
Let me explain further about oil palm fruits. There
are two different oils extracted from the fruit; the
palm oil and palm kernel oil.

Tempurung (endokarpa)
Endocarp

Sabut (Mesokarpa) Isirung
Mesocarp Kernel

Menghasilkan minyak sawit. Minyak Menghasilkan minyak isirung sawit.
sawit banyak digunakan untuk Minyak isirung sawit ini banyak
menghasilkan produk makanan.
digunakan untuk menghasilkan produk
Produces palm oil. It is widely used bukan makanan.
for making food products.
Produces palm kernel oil. It is widely
used for making non-food products.

16

7 PENSIJILAN MSPO
MSPO CERTIFICATION

2 1
Wah, sangat bagus cita-cita kamu! Saya rasa perusahaan ladang sawit
Tapi kamu perlu mendapatkan sangat menguntungkan. Saya mahu
Pensijilan MSPO untuk ladang kamu. memiliki ladang sawit apabila saya
dewasa nanti.
That’s a very good ambition.
However,you need to get the MSPO I think opening an oil palm plantation is
Certification for your plantation. really profitable. When I have grown up,

I want to have my own plantation.

3
Eh, apa itu Pensijilan MSPO? Saya
tak pernah tahu pun.

What is an MSPO Certification? I
have never heard of it.

17

Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) merupakan skim
pensijilan nasional untuk ladang sawit, pekebun kecil dan kilang
pemprosesan minyak sawit. Ini penting untuk memastikan produk
sawit Malaysia yang dihasilkan adalah mampan dan dapat diterima
di pasaran global.
The Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) Certification Scheme is
the national scheme in Malaysia for oil palm plantations, independent
and organised smallholdings, and palm oil processing facilities to
be certified against the requirements of the MSPO Standards. It is
important to ensure all the palm oil products are sustainable and
can be accepted at the global market.
Pensijilan MSPO adalah mandatori bermula pada Januari 2020.
MSPO adalah wajib bagi semua pengusaha sawit bukan saja untuk
memastikan penanaman sawit yang mampan tapi bagi menepis
dakwaan-dakwaan negatif pihak luar terhadap industri sawit
negara. Pelaksanaan Skim Pensijilan MSPO merupakan langkah
strategik bagi meningkatkan daya saing dan memperkukuhkan
imej industri sawit negara.
The Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) Certification Scheme is
mandatory starting from January 2020. This is not only to ensure
the long-term sustainability of palm oil but to counter the allegations
by the outsiders regarding the Malaysian palm oil industry. The
Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) Certification Scheme is
a strategic movement to improve the cultivation of palm oil and
strengthen the image of Malaysian palm oil industry.

18

8 SAWIT, TANAMAN MESRA ALAM
OIL PALM, AN ENVIRONMENT-FRIENDLY
PLANT

1
Tapi Encik Azlan, saya ada terbaca

mengenai isu sawit di internet. Katanya,
sawit memusnahkan hutan dan

mengganggu keseimbangan alam
semulajadi dan biodiversiti.

I read on the internet that oil palm
destroys the forest, and this disturbs the
balance of nature and biodiversity. Is this

true, Encik Azlan?

2
Itu tidak benar dan merupakan tanggapan
yang salah mengenai tanaman sawit. Kalau
awak nak tahu, tanaman sawit ialah tanaman

yang mesra alam sekitar.

Those are misconceptions about oil palm
plantation. This plantation is actually
environment-friendly.

3
Tanaman sawit tidak memusnahkan alam sekitar

malah tanaman ini berperanan besar dalam
menjaga kestabilan alam sekitar. Sisa-sisa sawit
seperti buah tandan kosong dan pelepah sawit

yang kaya dengan nutrien semula jadi juga
dikitar semula di ladang sawit. Ini membantu

mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Palm oil does not destroy the environment and in
fact, it is important in maintaining the environment’s
stability. The use of nutrient-rich recyclable residues
such as empty fruit bunches and pruned fronds are

common in the oil palm plantation. This helps to
reduce pollution.

19

1
Penggunaan racun kimia juga dihadkan dengan
penggunaan kawalan biologi untuk mengawal
serangga perosak. Ini memastikan pencemaran

air, tanah dan udara dapat dikurangkan.
The usage of chemical pesticides is minimized
through the use of biological methods in pest
control. All these measures are taken to lessen

the water, soil, and air pollution.

2
Bagaimana pula dengan

pokok-pokok yang sudah tua?
What about the old oil palm
stands?

3
Pokok yang sudah tua akan ditebang, diracik dan
dibiarkan mereput di atas tanah, bertujuan untuk

mengitar semula bahan organiknya. Ini yang
dinamakan konsep ‘sisa sifar’ dan ‘pembakaran sifar’.
Old oil palm stands are shredded and decomposed in
the fields, thereby returning the nutrients back to the soil.
This concept is called as ‘zero waste’ and ‘zero burning’.

20

1
Oh, rupanya isu penebangan hutan itu
merupakan tanggapan yang salah. Saya

hampir mempercayainya.
Oh, I see. The idea that palm oil
plantation causes deforestation is actually
a misconception. I almost believed it.

2
Bukan itu sahaja, terdapat juga tanggapan salah
yang lain mengenai minyak sawit seperti minyak
sawit dianggap mengandungi lemak trans yang

menyebabkan penyakit-penyakit merbahaya.
The other misconception is that palm oil may
contain trans fat which causes many diseases.

3
Ini semua direka untuk menakut-nakutkan
para pengguna supaya tidak menggunakan

minyak sawit.
These misconceptions are created to
discourage people from using palm oil.

21

9 SALAH FAHAM MENGENAI MINYAK
SAWIT

THE MISCONCEPTIONS OF PALM OIL

Terdapat juga salah faham yang lain
mengenai minyak sawit antaranya:

There are other misconceptions about
palm oil such as:

Minyak sawit mengandungi Minyak sawit tidak mengandungi kolesterol
kolesterol dan menyebabkan kerana ia berasaskan tumbuhan, dan
mengandungi nutrien yang dapat
serangan jantung.
membantu merendahkan risiko serangan
Palm oil contains cholesterol that jantung.
causes heart attacks.
Palm oil does not contain cholesterol as it is
plant-based, and contains nutrients that can

help lower the risk of heart attacks.

Kandungan asid lemak tepu Kandungan asid lemak tepu dan
dalam minyak sawit adalah lebih asid lemak tak tepu dalam minyak
tinggi berbanding asid lemak tak
sawit adalah seimbang.
tepu.
Palm oil contains a balanced
Palm oil contains a higher level of composition of saturated and
saturated fatty acids than unsaturated
unsaturated fatty acids.
fatty acids.

22

Minyak sawit mengandungi lemak Minyak sawit tidak mengandungi lemak
trans yang menyebabkan penyakit- trans. Minyak sawit bersifat separa

penyakit merbahaya. Marjerin pepejal secara semula jadi, dan tidak
yang dihasilkan daripada minyak perlu melalui proses penghidrogenan
sawit juga mengandungi lemak
untuk dijadikan marjerin.
trans setelah menjalani proses
penghidrogenan. Palm oil does not contain trans fat.
Palm oil is naturally a semi-solid
Palm oil contains trans fat that causes substance and does not need to
diseases. Margarine made from undergo the hydrogenation process.

palm oil contains trans fat after the
hydrogenation process.

Sebab itu cikgu bawa kamu semua ke sini
supaya kita semua dapat maklumat yang

betul mengenai minyak sawit.

This is why we are here today, so that we
get correct information about palm oil.

23

10 NEGARA PENGELUAR

MINYAK SAWIT

PALM OIL PRODUCING COUNTRIES

1 2
Selain Malaysia, negara mana
yang turut menyumbang dalam Pada masa ini, kira-kira 84% minyak sawit
dihasilkan oleh Indonesia dan Malaysia.
industri sawit? Negara-negara lain seperti Thailand, Colombia
dan Nigeria juga turut menyumbang kepada
Besides Malaysia, what are the
other countries that contribute to penghasilan minyak sawit global.

the palm oil industry? Currently, about 84% of palm oil production is
dominated by Indonesia and Malaysia. Other
countries such as Thailand, Colombia and Nigeria
also contribute to the global palm oil production.

24

Peta di bawah menunjukkan
negara-negara pengeluar minyak
sawit dunia.

The map below shows world’s
palm oil producing countries.

Malaysia

Thailand

Nigeria

Colombia Indonesia

25

11 SAWIT, TANAMAN SERBAGUNA

A VERSATILE OIL PALM

Sawit merupakan tanaman serba guna. Selain buahnya, bahagian-bahagian pokok lain seperti
pelepah dan batang turut digunakan secara komersial.

The oil palm tree is a versatile palm. Besides its fruit, other parts of the plant such as the fronds
and trunk are commercially used in other industries.

Pelepah: Papan gentian
sederhana padu, papan cip,

sumber makanan haiwan
ternakan, dikitar semula
sebagai bahan organik

Fronds: medium density
fibreboard, chipboard,
animal feed, recycled as

organic matter

Buah: Minyak untuk Batang: Perabot, dikitar
produk makanan dan semula sebagai bahan
bukan makanan, baja,
bahan api, papan gentian organik
Oil for food and non-food
products, fertiliser, fuel, Trunk: Furniture, recycled as
organic matter
fibreboard

26

12 CIRI-CIRI ISTIMEWA MINYAK

SAWIT

SPECIAL QUALITIES OF PALM OIL

1 gram minyak sawit=9 kilokalori tenaga Minyak sawit kaya dengan
1 gram karbohidrat=4 kilokalori tenaga Provitamin A, yang boleh
menguatkan sistem keimunan dan
1 gram of palm oil=9 kilocalories of energy merangsang pertumbuhan kanak-
1 gram of carbohydrate=4 kilocalories of energy kanak yang kuat dan sihat.

Palm oil is a rich source of
Provitamin A, which strenghtens
the immune system, and supports
the growth and development of

children.

Minyak sawit 100% bebas
pengubahsuaian genetik (GM).

Palm oil is 100% free of genetic
modification (GM).

Kandungan karotenoid minyak Minyak sawit kaya dengan
sawit ialah 15 kali ganda lebih vitamin E dan karotenoid, yang
banyak berbanding lobak merah, merupakan antioksida penting
dan 50 kali ganda lebih banyak dan membantu mengurangkan

berbanding tomato. risiko barah dan penyakit-
penyakit lain.
Palm oil contains 15 times more
carotenoids than carrots and Palm oil is a rich source of vitamin
E and carotenoids, which are
50 times more carotenoids than
tomatoes. important antioxidants and help
reduce the risk of cancer and other

diseases.

27

Tiba-tiba Ammar ternampak seorang pekerja ladang sedang memasukkan buah tandan
segar ke dalam lori.

Ammar sees a worker collecting fresh fruit bunches and loading them into a lorry.
1
Encik Azlan, ke manakah buah
sawit itu hendak dibawa?
Encik Azlan, where are they
bringing the oil palm fruits?

28

2
Buah tandan itu akan dihantar ke kilang. Buah
sawit yang masak akan berwarna merah
keemasan. Ia perlu dituai dan dihantar ke
kilang dengan segera, bagi memastikan hasil
minyak yang diperah adalah berkualiti tinggi.
The fruits will be sent to the mill. Once the
palm fruit ripens, it turns reddish gold in
colour. It must be harvested immediately and
sent to the mill for processing to ensure that
the oil produced is of high quality.

3
Selepas ini saya akan membawa kamu
semua ke kilang untuk melihat sendiri
bagaimana buah sawit diproses untuk

menghasilkan minyak sawit.
After this, I will bring all of you to the mill
to see the extraction process of palm oil.

29

Apabila mereka tiba di kilang, Encik Azlan memperkenalkan mereka kepada Encik Razak.
Encik Razak merupakan penyelia di kilang tersebut. Encik Razak memberikan sedikit taklimat

sebelum membawa pelajar-pelajar tersebut melihat buah sawit diproses.
When they arrived at the mill, Encik Azlan introduces them to Encik Razak. Encik Razak is the
supervisor at the mill. He gives them a short briefing before taking them to see how the oil

palm fruits are processed.

30

Saya Razak. Saya merupakan
penyelia di kilang ini.

My name is Razak and I am the
mill supervisor.

31

13 PEMPROSESAN BUAH TANDAN

SEGAR

THE PROCESSING OF FRESH FRUIT BUNCHES

Encik Razak, tadi saya Baiklah, mari saya tunjukkan.
lihat banyak buah sawit Sure, let me show you.
dikumpulkan dan dihantar ke

sini.

Encik Razak, I saw oil palm fruits
being collected and sent here.

Ya, boleh Encik Razak terangkan
kepada kami proses yang berlaku

di kilang sawit?

Yes, can you please explain the
process that takes place at the mill?

32

1
Buah tandan segar (BTS) dituai

dan dihantar ke kilang.
Fresh fruit bunches are
harvested and transported to

the oil palm mill.

2
BTS diletakkan ke dalam bekas logam sebelum

dimasukkan ke dalam mesin pensterilan. Proses ini
dilakukan untuk meneutralkan enzim dan melembutkan

buah
FFB are transferred into metal cages, then loaded into
horizontal sterilisers. This process helps to neutralize the

enzymes and soften the fruits

3
Pemisahan

Threshing

BTS dimasukkan ke dalam mesin pemisah. Buah
sawit akan terpisah dari tandannya.

FFB are placed into the thresher. This will separate the
oil palm fruits from the bunch.

33

4
Penghancuran

Digestion

Buah akan dipanaskan dan akan dihancurkan
dalam mesin penghancuran. Mesokorpa akan
dipisahkan daripada endokarpa dan isirung.

The fruits are heated and the exocarp is digested
in the digester. Mesocarp is separated from the

endocarp and kernel.

5 Pemerahan
Pressing

Mesokarpa akan diperah untuk mengeluarkan minyak sawit
mentah dalam mesin pengekstrakan. Isirung diasingkan daripada

endokarpa sebelum minyak isirung mentah diekstrak.

Mesocarp is pressed to release crude palm oil in the extraction or
pressing machine. Kernel is separated from the endocarp before

crude palm kernel oil (CPO) is extracted.

MINYAK MINYAK
ISIRUNG SAWIT
MENTAH MENTAH

34

6 Penjernihan & Penulenan
Clarification & Purification

Bahan pepejal terampai dan kekeruhan akan dibuang
semasa proses penjernihan.

Insoluble content is removed during clarification.

7
Penapisan & Pemecahan

Refining & Fractionation

Minyak sawit mentah ditapis dan membentuk
minyak yang telah diluntur dan dinyah bau.
Pengasingan memisahkan olein dan stearin.

CPO is refined to form bleached and deodorised
oil (RBDO). Fractionation separates the liquid
part (olein) from the solid part (stearin).

8
Olein dan stearin

Olein and stearin

Olein sawit akan dibotolkan dan dijual sebagai minyak masak atau
digunakan dalam pembuatan makanan seperti mee segera dan makanan

bergoreng. Stearin sawit pula digunakan untuk membuat marjerin yang
bebas lemak trans, lelemak, vanaspati dan lain-lain lagi.

Palm olein is bottled and sold as cooking oil or used for food manufacturing
such as instant noodles and fried food products. Palm stearin is used in the
formulations of trans fat-free margarine, shortening, vanaspati and others.

35

14 PELBAGAI KEGUNAAN

MINYAK SAWIT

PALM OIL AND ITS USES

1 2

Boleh terangkan kepada kami 80% minyak sawit digunakan dalam
tentang kegunaan minyak industri pembuatan makanan manakala
sawit?
20% lagi digunakan untuk membuat
Can you explain the uses of bahan bukan makanan.
palm oil?
80% of the palm oil is used in food
industry, meanwhile 20% of it is used in

non-food application.

36

Minyak sawit malaysia
MALAYSIAN PALM OIL

bersifat serbaguna dan sangat sesuai untuk penyediaan pelbagai
jenis makanan.

is versatile and very suitable for the preparation of various types
of food.

Majerin Pengganti lemak
Margarine tenusu

Dairy fat substitute

Lelemak Vanaspati
Shortening Vanaspati

Minyak masak Sumber
Cooking oil vitamin E
Source of
Aiskrim vitamin E
Non-dairy
ice cream Pengganti lemak
koko

Cocoa butter
substitute

37

Saya akan terangkan dengan lebih lanjut
mengapa minyak sawit sangat sesuai digunakan
dalam pembuatan bahan makanan.

I will explain further why palm oil is suitable to be
used in food manufacturing.

Minyak masak daripada sawit tidak Minyak sawit untuk kegunaan industri
meninggalkan rasa yang tidak merupakan pilihan utama kerana ia stabil
menyenangkan pada masakan. Ia juga pada suhu tinggi. Oleh yang demikian, ia
tidak melekat pada kuali atau periuk. tahan lama dan boleh digunakan berulang
kali. Ini memberi penjimatan kos kepada
Cooking oil made from palm oil does not pengusaha.
leave any unpleasant taste in food. It also
does not leave sticky residue on your pots Industrial frying oil made from palm oil is the
and pans. popular choice because it is stable at high
temperatures. This stability enables a longer
Minyak sapi berasaskan minyak sawit shelf life and high reusability. This allows the
menjadikan roti canai dan murtabak lebih workers to keep its cost low.
lazat dan lebih berkhasiat berbanding
minyak sapi yang diperbuat daripada susu Marjerin yang diperbuat daripada minyak
lembu. sawit adalah yang terbaik kerana tidak
perlu melalui proses penghidrogenan, yang
Oil palm-based vegetable ghee enhances menghasilkan lemak trans.
the taste of your roti canai and murtabak.
This ghee is more nutritious than ghee Margarine made from palm oil is the best
made from cow’s milk. margarine because it does not need to
undergo hydrogenation process.

Lelemak dan adunan lelemak daripada
minyak sawit sering digunakan dalam
pembuatan kek kerana ia tidak mudah cair.
Ia juga memberi rasa berkrim pada aiskrim
dan coklat.

Fats and fat blends made from palm oil are
used to make cakes since it does not melt
easily. It also gives the creamy taste in ice
creams and chocolates.

38

Malaysia ialah pengeluar bahan oleokimia
berasaskan sawit yang terbesar di dunia.
Oleokimia berasaskan sawit berasal dari tumbuhan,
bersifat semulajadi dan mampan, sekaligus menggalakkan
penghasilan bahan kimia yang mesra alam.
Malaysia is the biggest producer of palm-based oleochemical
products. Palm-based oleochemical is originated from plant,
natural and sustainable, hence encouraging the development of
environmental-friendly chemical products.

39

Produk Penjagaan
Diri dan Kosmetik
Personal Care Products

and Cosmetics

gincu bibir, sabun, syampu,
perapi rambut, ubat gigi

lipstick, soap, shampoo, hair
conditioner, toothpaste

Produk bukan
makanan

Non-food
products

Produk Perindustrian Produk Pembersih Rumah
Industrial Products Household Cleaning
Products
dakwat pencetak, cat, racun
serangga sabun pencuci pakaian,
pelembut fabrik, bahan
printing ink, paints,
pesticides pencuci rumah

40 laundry detergents, fabric
softeners, household
detergents

15 MINYAK SAWIT PENUH KEBAIKAN

PALM OIL FULL OF GOODNESS

Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan mencerminkan faedah pelbagai
produk yang dihasilkan daripada minyak sawit. Ia adalah baik kerana
memberikan banyak manfaat kepada hampir setiap lapisan masyarakat. Ianya
baik untuk kesihatan, baik untuk alam sekitar, mampan, menyumbang kepada
mata pencarian, dan juga memberi keuntungan. Kesimpulannya, secara
keseluruhan, ia penuh kebaikan.

Malaysian Palm Oil Full of Goodness reflects the many benefits of palm oil and
palm-based products. It is wholesome in the context that it brings about a host
of benefits to almost every layer of society. It is good for health, environment,
sustainability, livelihood, and prosperity. In short, holistically, it is full of goodness.

Wah, banyaknya kegunaan minyak
sawit dalam kehidupan seharian
kita. Boleh terangkan kepada kami
mengenai kebaikan minyak sawit?

Wow, there are a variety of uses of
palm oil in our daily life. Can you

explain about its goodness?

Baiklah.
Sure.

41

Minyak sawit adalah sumber tenaga yang baik
Palm oil is an excellent source of energy
• Badan kita memerlukan lemak untuk membekalkan tenaga dan membina sel,

hormon serta tisu badan.
• Our body needs fats for energy and to build the cells’ membrane in our body.

Minyak sawit tidak mengandungi lemak trans
Palm oil does not contain trans fat
• Lemak trans yang terkandung di dalam produk makanan tertentu seperti marjerin

boleh menyebabkan penyakit-penyakit merbahaya.
• Minyak sawit tidak mengandungi lemak trans. Oleh yang demikian, produk

makanan yang mengandungi minyak sawit tidak memudaratkan kesihatan.
• The trans fat found in certain food products such as margarine can cause diseases.
• Palm oil does not contain trans fat, therefore, products made from palm oil are

not harmful.

Minyak sawit mengandungi antioksidan yang penting
Palm oil is rich in vital antioxidants
• Minyak sawit adalah salah satu sumber vitamin E dan karotenoid yang merupakan

antioksidan yang penting kepada badan.
• Vitamin E dan karotenoid mampu melindungi badan daripada molekul merbahaya

(iaitu radikal bebas) yang merosakkan sel, menyebabkan kanser dan penyakit-
penyakit kronik yang lain.
• Palm oil is a rich source of vitamin E and carotenoids, which are vital antioxidants
in our body.
• They are capable of protecting our body from the harmful molecules (i.e. free
radicals), which cause cell deterioration, cancer and other chronic diseases.

42

Minyak sawit baik untuk jantung
Palm oil is good for the heart
• Kolesterol yang berlebihan dalam darah boleh menyempitkan saluran darah ke

jantung dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.
• Minyak sawit tidak mengandungi kolesterol, justeru baik untuk jantung
• High blood cholesterol level can disrupt the blood flow and cause heart diseases.
• Palm oil does not contain cholesterol hence it is good for the heart.

Minyak sawit merah mampu menghindari penyakit yang berpunca
daripada kekurangan vitamin A
Red palm oil can prohibit vitamin A-deficient diseases
• Kekurangan vitamin A akan menyebabkan rabun malam di kalangan kanak-

kanak, merencatkan tumbesaran mereka serta menyebabkan sistem imunisasi
menjadi lemah.
• Minyak sawit merah adalah kaya dengan karotenoid Provitamin A semulajadi dan
mampu melindungi manusia daripada penyakit berkaitan kekurangan Vitamin A.
• Vitamin A deficiency can cause night blindness among children and affect their
growth & the immune system.
• Red palm oil is a rich source of natural Provitamin A carotenoids that protects
against the vitamin A-deficient diseases.

43

16 KEPENTINGAN INDUSTRI SAWIT

THE IMPORTANCE OF OIL PALM INDUSTRY

KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK,

MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH

BETTER LIFE, BETTER FUTURE

Industri minyak sawit Malaysia menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan penduduk,
sekaligus memberi sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia dan dunia.

Palm oil industry provides job opportunities to millions of people, hence contributing to the
Malaysian and the world economic development.

Lebih 500,000 pekebun kecil terlibat dalam industri sawit. Taraf kehidupan mereka telah
meningkat dan anak-anak mereka mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik.

More than 500,000 farmers are involved in the palm oil industry. This helps to raise their
standard of living and ensure that their children get better opportunities in education.

44

Baiklah, Ini sahaja maklumat yang
saya dapat kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat untuk semua. Saya

ucapakan selamat maju jaya.
That is all for today. May everything that
I’ve shared with you will be beneficial. I

wish you all the best!
Terima kasih, Encik Razak.
Thank you, Encik Razak.

45

Cikgu Ratna dan pelajar-pelajar Tingkatan 4 Bestari berjalan bersama-sama untuk menaiki
bas. Mereka sangat gembira kerana dapat belajar mengenai sawit pada hari ini.

Ms. Ratna and the students walk together to the bus. They are happy to have learned so
much about the oil palm today.

Adakah kamu semua faham
mengenai apa yang kita
pelajari tadi?

Did you understand what
we’ve learned just now?

Faham, cikgu.
Yes, teacher.

46

17 UJI MINDA

TEST YOUR KNOWLEDGE

Banyak yang telah kita pelajari di ladang dan kilang sawit hari ini. Untuk membuktikan yang anda
betul-betul faham,mari kita jawab soalan-soalan di bawah.

You have learned a lot after visiting the plantation and also palm oil mill. To prove that you really
understand everything about oil palm, lets answer the questions below.

1. Dari manakah pokok sawit berasal? 4. Berapa lamakah pokok sawit boleh terus berbuah
Where do oil palm trees originate? sebelum penanaman semula?
A Afrika Barat How long can the palm oil trees continue to
West Africa bear fruits before replanting?
B Afrika Timur A 20 – 30 tahun
East Africa 20 – 30 years
C Afrika Selatan B 30 – 40 tahun
South Africa 30 – 40 years
C 3 – 4 tahun
2. Bilakah pokok sawit mula berbuah? 3 – 4 years
When do the oil palm trees start to bear D 3 – 4 bulan
fruit? 3 – 4 months
A 30 tahun selepas ditanam di ladang
ladang 5. Nyatakan nama jenis-jenis minyak yang
30 years after they were planted in the dihasilkan daripada pokok sawit.
plantations Name the types of oils that can be produced
B 3 tahun selepas ditanam di ladang from palm oil trees.
ladang A Minyak kelapa dan minyak jagung
3 years after they were planted in the Coconut oil and corn oil
plantations B Minyak sawit dan minyak isirung sawit
C 30 bulan selepas ditanam di Palm oil and palm kernel oil
ladang ladang C Minyak angin dan minyak pelincir
30 months after they were planted in Methylated oil and lubricating oil
the plantations D Minyak wangi dan minyak urut
Perfume oil and massage oil
3. Di manakah ladang sawit pertama
dibuka di Malaysia? 47
Where is the location of the first oil palm
plantation in Malaysia?
A Bestari Jaya
Bestari Jaya
B Kota Tinggi
Kota Tinggi
C Gua Musang
Gua Musang

6. Semua di bawah merupakan fakta yang 9. Nyatakan jenis produk yang diperbuat
betul mengenai minyak sawit kecuali: daripada minyak sawit. that are
Below are the correct information about palm Name the types of products
oil except: made from palm oil.
A Minyak sawit tidak mengandungi kolesterol I Marjerin
Palm oil does not contain cholesterol Margarine
B Minyak sawit mengandungi lemak trans II Minyak sapi
Palm oil contains trans fat Vegetable ghee
C Minyak sawit mengandungi vitamin E III Minyak masak
Palm oil contains vitamin E Cooking oil
D Minyak sawit tidak menyebabkan kanser IV Lelemak
Palm oil does not cause cancer Shortening
V Cake
7. Namakan vitamin dan khasiat penting Cake
yang terdapat dalam minyak sawit. A I, II, III, V
Name the important vitamins and nutrients B II, III, IV, V
that are found in palm oil. C I, III, IV, V
A Vitamin E dan karotenoid D Semua di atas
Vitamin E and carotenoid All of the above
B Vitamin B, C dan E
Vitamin B, C and E 10. Nyatakan kepentingan industri sawit
C Vitamin D, E dan K kepada Malaysia?
Vitamin D, E and K State the importance of the palm oil industry
D Vitamin D dan CoQ10 to Malaysia?
Vitamin D and CoQ10 I Menyediakan peluang pekerjaan
Provides job oppurtunity
8. Mengapakah minyak sawit sangat sesuai II Meningkatkan taraf hidup
untuk dibuat marjerin? Improves standard of living
Why is palm oil the most suitable oil for III Memberi peluang pendidikan
making margarine? Provide better opportunities for education
I Ia berbau wangi dan manis. IV Meningkatkan ekonomi Malaysia
It smells fragrant and sweet. Improves Malaysian economic development
II Ia bersifat separa pepejal pada suhu A II, III, IV
bilik. B II, IV, V
It exists as a semi-solid substance at C I, III, V, VI
room temperature. D Semua di atas
III Ia tidak perlu menjalani proses All of the above
penghidrogenan.
It does not need to undergo the
hydrogenation process.
IV Ia tidak menghasilkan lemak trans,
yang tidak baik untuk kesihatan.
It does not produce trans fat, which is
bad for health.
V Serangga tidak tertarik kepada
minyak sawit.
Insects are not attracted to palm oil.
A I, IV, V
B I, II, III
C II, III, IV
D I, II, IV

48


Click to View FlipBook Version