The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amir Danial Yaacob
PT180157
Describtion:KIKS 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hidayah Fred, 2021-02-04 05:32:51

KERTAS KERJA MENGANJURKAN PROGRAM IMAM JUNIOR

Amir Danial Yaacob
PT180157
Describtion:KIKS 2021

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN MENGANJURKAN PROGRAM IMAM
JUNIOR PERINGKAT MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN

1. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan
daripada Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar Maktab Rendah Sains
MARA Transkrian bagi cadangan menganjurkan Program Imam Junior di
MRSM Transkrian.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Program Imam Junior ini merupakan program julung kali diadakan di
MRSM Transkrian. Idea pelaksanaan program ini telah dicetuskan
oleh Pengetua MRSM Transkrian dalam pembentangan Business Plan
MRSM yang telah diadakan pada Disember 2020 yang lalu. Cadangan
ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat Badan Dakwah dan
Rohani MRSM Transkrian pada 22 Januari 2021 dan dipersetujui oleh
Penasihat agar program ini dijalankan pada tahun ini.

2.2 Program ini akan melibatkan penyertaan seramai 40 orang pelajar
lelaki iaitu dua (2) orang dari setiap kelasa Tingkatan 1, 2, 3 dan 4
sahaja.

2.3 Semua peserta akan dijadualkan secara bergilir menjadi imam dalam
setiap solat fardu di Pusat Islam selepas program ini dilaksanakan iaitu
sebagai usaha membentuk dan mendidik pelajar. Mereka juga akan
ditugaskan untuk mengetuai program-program Pusat Islam sepanjang
tahun.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Melatih para pelajar memiliki sifat kepimpinan dalam bidang Ukhwah
Islamiah.
3.2 Mewujudkan penjadualan imam solat fardu yang lebih tersusun dan
sistematik.

4. JUSTIFIKASI PROGRAM
4.1 Pelaksanaan program ini akan melahirkan para pelajar yang
mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi di samping menjadi insan
yang soleh.
4.2 Program ini akan menyediakan calon-calon imam solat fardu di Pusat
Islam.

5. PELAKSANAAN PROGRAM
Program ini akan dilaksanakan seperti butiran berikut:
5.1 Tarikh : 27 Julai 2021
5.2 Tempat : Pusat Islam MRSM Transkrian
5.3 Kaedah : Program akan melibatkan para pelajar yang terpilih
sahaja dan dinilai oleh juri yang akan dilantik
5.4 Peserta : 2 pelajar lelaki dari kelas Tingkatan 1 hingga empat 4

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
Program ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.

7. PENUTUP
Pertimbangan dan kelulusan Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
MRSM Transkrian dimohon bagi menganjurkan Program Imam Junior pada
27 Julai 2021.

Disediakan oleh :

(AMIR DANIAL BIN YAACOB)
Naib Presiden Badan Dakwah Dan Rohani Sesi 2021 / 2022
MRSM Transkrian
Tarikh :

Disemak oleh :

(AIMAN FARIS BIN ZAHIDI)
Naib Presiden II Badan Wakil Pelajar Sesi 2021 / 2022
MRSM Transkrian
Tarikh :

7. SOKONGAN / TIDAK DISOKONG
Kertas cadangan bagi pelaksanaan Program Imam Junior yang akan
diadakan pada 27 Julai 2021 di Pusat Islam MRSM Transkrian telah disemak
dan disokong untuk dilaksanakan.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

(JAZMIN BIN AWANG)
Penasihat,
Badan Dakwah Dan Rohani
MRSM Transkrian
Tarikh :


Click to View FlipBook Version