The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hareezasyran, 2021-01-15 08:33:04

Bab 2 : Bidang Fonologi - Diftong

DIFTONG- HARIZ ASYRAN

BAB 2 : BIDANG
FONOLOGI

2.2.3 DIFTONG

KONSEP DAN HURAIAN

• Diftong ialah rentetan dua bunyi vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan, dan
diucapkan dalam satu hembusan nafas.

• Kelantangannya adalah pada vokal yang pertama.

• Diftonh dianggap sebagai satu fonem.

• Semasa menghasilkannya, tidak wujud hentian yang boleh memisahkan kedua-dua vokal itu
sehingga membolehkan terbentuknya dua suku kata.

• Dengan kata lain, diftonh membentuk satu suku kata sahaja.

• Berlaku geluncuran lidah daripada kedudukan penyebutan sesuatu bunyi vokal kepada
penyebutan vokal kepada penyebutan vokal yang lain.

RAJAH KERATAN RENTAS LIDAH

Depan [ai] Tengah Belakang
[oi]
Sempit [i] [au] Sempit [u]

Separuh Sempit Separuh Sempit [o]
[e]

Luas [a] Neutral Bundar
Hampar

KETERANGAN RAJAH

• Anak panah menunjukkan arah geluncuran lidah.
• Bahagian akhir anak panah menunjukkan had geluncuran lidah
• Sebagai contoh, semasa membunyikan diftong [ai], walaupun geluncuran lidah menuju ke

arah kedudukan semasa membunyikan vokal [ai], tapi lidah tidaklah dinaikkan terlalu
tinggi, sebagaimana membunyikan vokal [i].

CARA PENGHASILAN
DIFTONG DALAM
BAHASA MELAYU

LAMBANG CARA PENGHASILANNYA CONTOH DALAM
/ai/ PERKATAAN
• Depan lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan semasa
/au/ menghasilkan vokal [a]. aidil, aising, haiwan, khairat,
ramai, salai
/oi/ • Kemudian kedudukan lidah digeluncurkan ke arah penghasilan vokal
depan sempit [i] tetapi tidak setinggi sewaktu membunyikan vokal aurat, audio, raudah, tauliah,
[i]. rantau, pulau

• Pita suara bergetar

• Depan lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan semasa
menghasilkan vokal depan luas [a].

• Kemudian ia digeluncurkan ke arah penghasilan vokal belakang
sempit [u] tetapi tidak setinggi sewaktu membunyika vokal [u]

• Pita suara bergetar

• Belakang lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan semasa oi (kata seru), oikoid, oidium
menghasilkan vokal belakang separuh sempit [o] (istilah sains biologi), boikot,

• Kemudian lidah digeluncurkan ke arah penghasilan vokal depan amboi, sepoi, paroi
sempit [i] tetapi tidak setinggi sewaktu membunyikan vokal [i]

• Pita suara bergetar

PERBEZAAN ANTARA DIFTONG DENGAN
VOCAL RANGKAP

• Diftong ialah bunyi dua vocal yang sewaktu penghasilannya berlaku geluncuran lidah dan vocal yang kedua
tidak dilafazkan dengan sepenuhnya. Bagi vokal rangkap, kedua-dua vokal dilafazkan sepenuhnya.

• Dalam penyebutan vokal rangkap wujud artikulasi tambahan tetapi ini tidak berlaku pada
penyebutan diftong.

• Penyebutan diftong wujud kelantangan pada vokal pertama.
• Vokal rangkap mempunyai kelantangan pada kedua-dua vokal.
• Diftong hanya membentuk satu suku kata manakala vokal rangkap membuntuk dua suku kata.
• Diftong hanya melibatkan rentetan vokal /ai/, /au/ dan /oi/
• Vokal rangkap terdiri daripada rentetan mana-mana vokal.


Click to View FlipBook Version