The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-majalah (Adab seorang pelajar terhadap guru)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafiqah Harun F2125, 2020-02-07 10:59:49

e-majalah (Adab seorang pelajar terhadap guru)

e-majalah (Adab seorang pelajar terhadap guru)

‫اﻟﻨﻮر ﻓﺎﻟﻪ‬

MAJALAH

AL-NUR FALAH

ADAB SEORANG PELAJAR TERHADAP GURU

PELAJAR TIADA "Belajar
adab
adab?
sebelum
ilmu"

untuk peroleh keberkatan.

7 adab
dengan

guru

SIDANG EDITOR...

KETUA EDITOR

Reini Gusmiati

PENOLONG EDITOR

Nur Syafiqah

WARTAWAN PENULIS ARTIKEL

Nur Aida Athira Nur Ismahanie Irdiena

‫ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala puji pujian dipersembahkan ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan, serta perlindungan-Nya dari ganguan syaitan. Sesiapa

yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya.
Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW

itu adalah pesuruh-Nya.

Setingi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Ucapan selawat dan salam untuk
junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja

yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya, kami
telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima

kasih kepada semua yang telah membantu kami dalam mengumpul bahan-bahan dan
maklumat untuk dijadikan teras penulisan kami. Seterusnya, tidak lupa kepada

pensyarah kami, Puan Tengku Radziatan Mardziiah Binti Tg. A.Razak yang banyak
memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan
sempurna.

Untuk menjalankan tugasan ini, kami perlu menghasilkan sebuah karya E-Majalah
berdasarkan tajuk yang diberikan oleh pensyarah. Skop penulisan kami berkisarkan
tentang sebuah isu yang tidak lazim di kalangan masyarakat iaitu "Adab Seorang

Pelajar Terhadap Guru"

Semoga ilmu dan pengetahuan yang akan dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan
dijadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca. Sekian.

ISI
KANDUNGAN

Sidang redaksi 2
Kata-kata aluan 3
Isi kandungan 4
Keratan akhbar 5
Kemuliaan seorang guru 6
Apa itu adab? 7
7 adab pelajar terhadap guru 8-9
Q&A 10
Apa kata orang ramai? 11
Pendapat pakar motivasi 12
Sajak untuk guru 13
Puisi "Tentang Menghormati Guru" 14
Kesimpulan 15

apa sudah jadi dengan
pelajar zaman sekarang????

kemuliaan
seorang
guru

Kedudukan seorang guru itu sangat mulia, maka mereka perlu dihormati dan
segala jasanya perlulah dikenang sepanjang hayat kita. Para sahabat dan salaf
al-soleh merupakan suri tauladan kepada kita yang telah memberikan banyak

contoh dalam menghormati seorang guru.

Rasulullah SAW bersabda;
‫ َو َﻳ ْﻌ ِﺮ ْف ﻟِ َﻌﺎﻟِ ِﻤ َﻨﺎ‬،‫ َو َﻳ ْﺮ َﺣ ْﻢ َﺻ ِﻐﻴ َﺮﻧَﺎ‬،‫َﻟ ْﻴ َﺲ ِﻣ ﱠﻨﺎ َﻣ ْﻦ َﻟ ْﻢ ﻳُ ِﺠ ﱠﻞ ﻛَ ِﺒﻴ َﺮﻧَﺎ‬

“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih tua
dan menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengerti (hak) orang yang

berilmu (agar diutamakan pandangannya).” (Riwayat Ahmad)

Syaikh Bakr Abu Zaid rahimahullah (dalam kitabnya Hilyah Tolib al-Ilm)
mengatakan (mafhumnya):

“Beradab lah dengan yang terbaik pada saat kamu duduk bersama syaikhmu,
gunakanlah cara yang terbaik ketika bertanya dan mendengarkannya.”

Ibnu al-Jamaah mengatakan (mafhumnya):

“Seorang penuntut ilmu harus duduk dengan sopan di hadapan gurunya, tenang,
tawadhu’, mata tertuju kepada guru, tidak menyelunjurkan kaki, tidak

bersandar, tidak tertawa dengan keras, tidak duduk di tempat yang lebih tinggi
dari gurunya  juga tidak membelakangi gurunya.”



7 ADAB
PELAJAR
TERHADAP
GURU

1.MEMBERI SALAM KEPADA GURU

Amalan memberi salam kepada guru perlu diterapkan di
kalangan pelajar supaya dapat mewujudkan suasana hormat-

menghormati antara murid dan guru. Di samping itu, salam
juga adalah sunnah yang sering dilakukan oleh baginda
Rasulullah SAW untuk merapatkan hubungan.

2.JANGAN BANYAK BERCAKAP

Ketika guru sedang mengajar di hadapan kelas, kita sebagai
pelajar perlu mengelakkan daripada bercakap-cakap dengan
teman sebelah kerana ia merupakan salah satu sikap yang tidak

beradab menurut islam.
Hal ini kerana, sikap sedemikian akan menyebabkan pelajar
tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap ilmu

yang disampaikan serta perkara yang diterangkan oleh
gurunya.

3.JANGAN BERCAKAP JIKA TIDAK DITANYA

Pelajar tidak dibenarkan bercakap selagi tidak
disoal oleh guru bagi memudahkan proses

pembelajaran yang sedang berlangsung. Pelajar
seharusnya bercakap apabila ditanya dan perlu

sahaja.

4.JANGAN MENYANGKAL KATA-KATA GURU

Pelajar tidak boleh membantah setiap nasihat dan teguran
guru yang telah mencurahkan segala ilmunya, hal ini

kerana kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita
sendiri.

5.ELAKKAN BERBISIK DI HADAPAN GURU

Sebagai seorang pelajar, semasa proses pembelajaran
berlangsung kita janganlah berbisik dengan rakan sebelah.
Hal ini demikian kerana ia boleh menyinggung perasaan guru

yang sedang menyampaikan ilmu di hadapan.
Imam al-Syafi’e rahimahullah berkata;

‫ﻛﻨﺖ أﺻﻔﺢ اﻟﻮرﻗﺔ ﺑﻴﻦ ﻳﺪي ﻣﺎﻟﻚ ﺻﻔﺤًﺎ رﻓﻴ ًﻘﺎ ﻫﻴﺒﺔ ﻟﻪ ﻟﺌﻼ ﻳﺴﻤﻊ وﻗﻌﻬﺎ‬

“Dulu aku membolak-balikkan kertas di depan gurunya
(Imam Malik) dengan sangat lembut kerana segan kepadanya

dan supaya dia tidak mendengarnya.”

6.JANGAN BERBURUK SANGKA KEPADA GURU

Pelajar tidak seharusnya mudah menilai serta menghukum
setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh gurunya.

7.BERDIRI APABILA GURU BANGUN

Amalan berdiri ketika kehadiran guru perlu dipraktikkan
sebagai tanda menghormati mereka.



apa kata orang ramai?

mari kita baca...

"Sebagai seorang pelajar, kita mestilah belajar untuk bersabar dengan ketegasan
daripada seorang guru yang mempunyai karenah, dan sifat yang meninggikan
suara, menengking dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa seharusnya berpesan

kepada anak-anaknya yang menuntut ilmu agar memiliki kesabaran
menghadapi kerana guru mereka. Di samping itu, ketegasan seorang guru
mampu mendidik anak-anak murid mereka agar menjadi contoh terbaik pada

masa akan datang."

-Adam, 21

"Seorang pelajar perlulah merendah diri terhadap guru dan mengelakkan
perasaan angkuh dan bongkak termasuklah ketika bercakap dengan mereka,
mestilah dengan santunnya. Selain itu, kita hendaklah mendoakan guru-guru
yang mengajar agar dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan.
Sesungguhnya, setiap doa yang baik yang ditujukan kepada guru akhirnya

akan kembali memberi kesan yang baik kepada kita."

-Melissa, 19







APA YANG DAPAT KITA
SIMPULKAN...

Walaupun pada hari ini terdapat pelbagai isu yang berkaitan adab dan
dan akhlak di kalangan pelajar yang kian luntur. Sebagai masyarakat
yang prihatin, seharusnya kita mengambil berat serta memainkan peranan
penting untuk memperbaiki isu ini dengan memberi teguran dengan cara

yang betul.

Sebagaimana yang diketahui umum, guru ibarat ibu bapa kita kerana
mereka juga berusaha dengan keras untuk mendidik, membimbing dan

mengajar kita menjadi insan yang berguna untuk masa hadapan.

Selain itu, sebagai pelajar kita mestilah mengelakkan daripada melakukan
perkara yang menunjukkan kita tidak beradab di hadapan guru. Jadi

jelaslah bahawa kita sebagai pelajar hendaklah taat dan mendengar setiap
arahan guru.

Akhir kata, kita mestilah menerapkan nilai-nilai murni serta adab dalam
kehidupan seharian supaya berjaya di dunia dan akhirat.

kata-kata yang lemah dan
beradab dapat melembutkan hati

manusia yang keras
(hamka)


Click to View FlipBook Version