The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sumathy.sr4, 2019-10-24 09:04:14

TEKNIK OSMOSIS IN MY HAND

TEKNIK OSMOSIS IN MY HAND

OSMOSIS IN MY HAND

OLEH
SUMATHY A/P RAGHAVAN
SMK JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI

PENGENALAN

‘OSMOSIS IN MY HAND’ MERUPAKAN
SUATU TEKNIK MUDAH YANG BOLEH
DIGUNAKAN UNTUK MENGUASAI KONSEP
OSMOSIS DALAM SUBJEK BIOLOGI
TINGKATAN 4

OBJEKTIF

TEKNIK INI DAPAT MEMBANTU MURID UNTUK :

 MENGENALPASTI LARUTAN HIPOTONIK DAN
HIPERTONIK

 MENENTUKAN ARAH PERGERAKAN MOLEKUL
AIR

 MENENTUKAN KESAN LARUTAN HIPOTONIK
DAN HIPERTONIK TERHADAP SEL HIDUP

MENGENALPASTI JENIS LARUTAN

LARUTAN HIPOTONIK

HURUF ‘O’ DIPILIH UNTUK MEWAKILI LARUTAN HIPOTONIK

LARUTAN HIPERTONIK

HURUF ‘E’ DIPILIH UNTUK MEWAKILI LARUTAN HIPERTONIK

MENGENALPASTI LARUTAN
HIPOTONIK

O = LUAS PERMUKAAN KECIL = KEPEKATAN RENDAH
CONTOH : AIR SULING

MENGENALPASTI LARUTAN
HIPERTONIK

E = LUAS PERMUKAAN BESAR = KEPEKATAN TINGGI
CONTOH : LARUTAN SUKROSA 30%

MENENTUKAN ARAH PERGERAKAN/RESAPAN
AIR DALAM LARUTAN HIPOTONIK

• Jari menunjukkan arah pergerakan/resapan molekul
air.

• Jika sel direndam didalam larutan Hipotonik, kita
mulakan dengan tangan yang digenggam.

• Arah pergerakan molekul air adalah ke dalam
sel/vakuol

MENENTUKAN ARAH PERGERAKAN/RESAPAN
AIR DALAM LARUTAN HIPERTONIK

• Jari menunjukkan arah pergerakan/resapan molekul
air.

• Jika sel direndam didalam larutan Hipertonik, kita
mulakan dengan tangan yang dibuka.

• Arah pergerakan molekul air adalah keluar
sel/vakuol

KESAN LARUTAN KE ATAS SEL HIDUP

PERATURAN:

 JIKA DI MULAKAN DENGAN TANGAN
TERTUTUP/DIGENGGAN AKHIR DENGAN TANGAN
TERBUKA

 JIKA DI MULAKAN DENGAN TANGAN YANG TERBUKA
AKHIR DENGAN TANGAN TERTUTUP/DIGENGGAM

 KEDUDUKAN AWAL BERGANTUNG KEPADA JENIS
LARUTAN

KESAN LARUTAN HIPOTONIK KE
ATAS SEL HIDUP

Awal Akhir

 Apabila sel direndam dalam larutan Hipotonik, mulakan dengan

tangan tertutup/digenggam
 Jari menunjukkan arah pergerakan/resapan molekul air; molekul

air meresap masuk ke dalam sel/vakuol
 Se/vakuoll mengembang(akhir)

KESAN LARUTAN HIPERTONIK KE
ATAS SEL HIDUP

Beginning /Initial Ending/Final

 Apabila sel direndam dalam larutan Hipertonik, mulakan dengan

tangan terbuka
 Jari menunjukkan arah pergerakan/resapan molekul air; molekul

air meresap keluar dari sel/vakuol
 Se/vakuol mengecut(akhir)

KESAN LARUTAN HIPOTONIK DAN
HIPERTONIK KE ATAS KERATAN SAWI

PERATURAN :

 PERATURANNYA SAMA DENGAN KESAN KEATAS SEL
HIDUP TETAPI SEKARANG PEMERHATIAN DIBUAT
DARI SISI.

 BAHAGIAN BELAKANG TANGAN DIANGGAP SEBAGAI
LAPISAN EPIDERMIS/LAPISAN LUAR

KESAN LARUTAN HIPOTONIK KE
ATAS KERATAN SAWI

AWAL AKHIR

 DIMULAKAN DENGAN TANGAN TERTUTUP DAN DIAKHIRI

DENGAN TANGAN TERBUKA.
 BAHAGIAN BELAKANG TANGAN DIANGGAP

EPIDERMIS/LAPISAN LUAR
 KERATAN SAWI MELENGKUNG KELUAR

KESAN LARUTAN HIPERTONIK KE
ATAS KERATAN SAWI

AWAL AKHIR

 DIMULAKAN DENGAN TANGAN TERBUKA DAN DIAKHIRI

DENGAN TANGAN TERTUTUP.
 BAHAGIAN BELAKANG TANGAN DIANGGAP SEBAGAI

EPIDERMIS/LAPISAN LUAR
 KERATAN SAWI MELENGKUNG KEDALAM

Cara menjawab soalan struktur
menggunakan Teknik Osmosis in

My Hand

Contoh 1 :
Suatu eksperimen telah dijalankan untuk
mengkaji kesan larutan yang berbeza kepekatan
ke atas sel epidermis bawang. Terangkan
keadaan sel tersebut setelah direndam di dalam
larutan sukrosa 30%.

(3 markah)

Penyelesaian

Langkah 1 :
Rujuk kepada kepekatan larutan yang diberi. Kepekatan
larutan ialah 30%. Ini jelas menunjukkan kepekatan yang
tinggi. Maka tangan dibuka.
Buka tangan – E = Hipertonik

 Larutan sukrosa 30% adalah Hipertonik terhadap sap
sel, sel epidermis bawang (1m)

Langkah 2 :

Perhatikan kedudukan jari. Jari menghala ke luar
 Molekul air akan meresap keluar dari sel epidermis

bawang(1m)

Langkah 3 :

Tutup semula tangan
 Vakuol dan sitoplasma akan mengecut/ Sel

mengalami plasmolysis/ Sel menjadi Flasid (1m)

Contoh 2 :

Suatu eksperimen telah dijalankan untuk
mengkaji kesan larutan yang berbeza
kepekatan ke atas sel darah merah. Terangkan
keadaan sel tersebut setelah direndam di
dalam air suling.

(3 markah)

Penyelesaian

Langkah 1 :
Rujuk kepada kepekatan larutan yang diberi. Air suling
digunakan. Ini jelas menunjukkan kepekatan yang
rendah. Maka tangan ditutup/digenggam.
Tangan ditutup – O = Hipotonik

 Air suling adalah Hipotonik terhadap sel darah
merah (1m)

Langkah 2 :

Perhatikan kedudukan jari. Jari menghala ke dalam
 Molekul air akan meresap ke dalam sel darah merah

(1m)

Langkah 3 :

Buka tangan
 Sel darah merah akan mengembang/ mengalami

hemolisis (1m)

SELAMAT MENCUBA
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
งานนำเสนอการฝึกงาน1
Next Book
The Grainger Journal, March 1981, Vol 3, No. 2