The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kejora1974, 2021-04-07 04:48:55

tokoh pemimpin johor

tokoh pemimpin johor

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izin-Nya saya telah dapat menyiapkan Buku Skrap Digital Tokoh
Pemimpin Johor (Anyflip) bagi Pertandingan Mencipta Buku Skrap
Digital Tokoh Pemimpin Johor (Anyflip), Sekolah-sekolah Rendah
Peringkat Daerah Batu Pahat Tahun 2021.

Sepanjang penghasilan buku skrap ini, banyak pengetuahuan,
pengalaman dan kemahiran yang saya peroleh. Secara tidak langsung,
ia dapat membantu meningkatkan lagi pengetahuan saya terhadap tokoh
pemimpin yang berasal dari negeri Johor. Selain itu, penggunaan
aplikasi digital bagi keseluruhan pembinaan buku skrap ini telah dapat
menambahkan lagi kemahiran saya dalam aplikasi yang digunakan.

Tokoh yang saya pilih dalam penghasilan Buku Skrap Digital
ini ialah Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad, iaitu Menteri Pengajian
Tinggi Malaysia. Pemilihan beliau sebagai tokoh pemimpin dalam
pertandingan ini adalah berdasarkan kepada karisma dan ketokohan
yang beliau miliki selain keterujaan saya untuk mengangkat beliau yang
merupakan anak jati daerah Batu Pahat agar menjadi inspirasi kepada
murid-murid di daerah ini.

Sebagai seorang murid perempuan, saya amat mengagumi
Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad yang merupakan tokoh pemimpin
wanita negeri Johor yang sangat komited pada tugasan dan
tanggungjawab yang digalasnya. Beliau juga terkenal sebagai seorang
pemimpin wanita yang berjiwa kental dan mampu menguruskan sebuah
organisasi yang besar dengan idea-idea yang baru untuk
memartabatkan wanita agar terus begerak seiring dengan kemajuan
negara. Sifat beliau yang teliti dan serius dalam melaksanakan setiap
perkara yang diamanahkan diharap dapat menjadi panduan dan ikutan
murid-murid di daerah Batu Pahat khususnya dan negeri Johor amnya.

Kesimpulannya, saya berharap Buku Skrap Digital yang
dihasilkan ini dapat memberi pengetahuan dan inspirasi kepada sesiapa
sahaja yang membacanya. Terima kasih semua!



•Melaka :

Ø Dilahirkan pada 7 November 1967 di Kampung
Bintang, Peserai, Batu Pahat, Johor

Ø Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang
adik beradik.

Ø Bapa beliau bernama Ahmad Bin Rais (80 tahun) dan
ibunya bernama Bechik Binti Othman (telah
meninggal dunia).

Ø Suami beliau bernama Mohamed Jauzi Abdul Razak.
Ø Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Marsya

Mohd Jauzi (22 tahun) dan Amsyar Mohd Jauzi (17
tahun).
Ø Menerima anugerah seperti berikut:
v Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2005)
v Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) -
Dato' (2005)
v Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk
Seri (2020)



Ø Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (P)
Tengku Mariam

Ø Seterusnya, beliau meneruskan pembelajaran di peringkat
menengah di Sekolah Menengah (P) Temenggong Ibrahim
(TIGS).

Ø Setelah menamatkan zaman persekolahan beliau telah terpilih
untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Pengajian Persediaan
bertempat di Shah Alam, Selangor.

Ø Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perdagangan
(Kuantitif Analisis dan Kewangan) dari Universitiy Of
Saskatchewan, Saskatoon, Kanada

Ø Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran
Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Ø Kini beliau telah menamatkan pengajian di peringkat Doktor
Falsafah (Pdh) di Universiti Utara Malaysia, Kedah.



1. Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (2020-kini)
2. Timbalan Menteri Sumber Manusia (2008-2009)
3. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) (2019-2020)
4. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

(2013-2018)
5. Pengerusi Women At Work (W@W)
6. Pengerusi Persatuan Qudwah Hasanah Malaysia
7. Penasihat fSquered
8. Pengurus Besar, Padi Beras Nasional Berhad (1998-2003)
9. Setiausaha kehormat Parlimen Komanwel (CPA) Cawangan Malaysia
10. Exco Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) mewakili Asia Tenggara
11. Bendahari Asean Forum of Paliamentarians on Population and Development

(AFPPD) Cawangan Malaysia
12. Ahli Jawatankuasa Panel Menangani Rasuah Malaysia
13. Ahli Jawatankuasa Pengakap Parlimen Malaysia
14. Ketua Wanita, Pengerusi Wanita Barisan Nasional (2018-kini)
15. Ahli Parlimen Parit Sulong (2008-kini)

16. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (2004)







Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad telah banyak memberikan sumbangan
terutamanya kepada kaum wanita dan para pelajar di IPT. Antara sumbangan
beliau adalah:
• berusaha ke arah pemerkasaan dan kesaksamaan wanita, dengan

membuktikan bahawa anak muda Malaysia pada hari ini tidak lagi
cenderung kepada stereotaip terhadap jantina mahupun percaya dengan
kebiasaan lama
• Sentiasa menyambut baik kelahiran pereka fesyen muda berbakat dari
institusi pendidikan tinggi (IPT) dengan menggalakkan penganjuran
program-program yang secara langsung dapat memberi lebih banyak ruang
dan peluang kepada para pelajar untuk bergiat aktif dan kreatif.
• memperuntukkan RM24 juta bagi Bantuan Pelan Data kepada 320,396
pelajar IPT dari kategori B40 bagi memastikan mereka mendapat
persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian ekoran pandemik COVID-19.
• mengadakan lawatan ke universiti-universiti awam bagi meninjau keadaan
pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman rentetan Perintah Kawalan
Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
• memastikan kebajikan pelajar seperti makanan, minuman, keperluan harian
dan kemudahan kesihatan pelajar yang berada di kampus sepanjang PKP
terjamin.







Nilai kepimpinan Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad yang boleh dicontohi
oleh generasi sekarang adalah:
• Teliti dalam kerja
• Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab

yang diberikan
• Komited pada setiap tugasan
• Berjiwa kental
• Mampu menguruskan sebuah organisasi yang besar
• Mengemukakan idea-idea yang bernas dalam organisasi yang

dianggotainya
• Serius dan fokus demi mecapai matlamatnya







"Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib
daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.

^ Panjat ke:a b c "Don't badmouth opponents, Puteri Umno candidates told". The Star.
Star Publications (Malaysia). 25 February 2008. Dicapai pada 29 January 2010.

^ Shuman, V. (19 March 2008). "New deputy minister's vehicle broken into, laptop
stolen". asiaone. Singapore Press Holdings. Dicapai pada 29 January 2010.

^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia).
Diarkib daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 29
January 2010. Percentage figures are calculated based on total turnout.

^ Shuman, V. (19 March 2008). "New deputy minister's vehicle broken into, laptop
stolen". asiaone. Singapore Press Holdings. Dicapai pada 29 January 2010.

^ "Noraini: Reject immoral and corrupt leaders". The Sun. 26 March 2009. Dicapai
pada 30 October 2014.

^ "Noraini Ahmad kini Ketua Wanita Umno". mStar. 24 Jun 2018. Dicapai pada 30
Jun 2018.

^ "Noraini Ahmad is new Matrade chairman". The Sun. 30 September 2013. Dicapai
pada 30 October 2014.

^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai
pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.

^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini.
Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya
2004.

^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan
Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017.

^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived
copy)". www.myundi.com.my. Diarkib daripada yang asal pada 30 Mac 2014.
Dicapai pada 9 April 2014.

^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26
October 2014.

^ Panjat ke:a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN
PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25
October 2018.

^ "Malacca Governor's birthday honours list". The Star. 10 October 2018. Dicapai
pada 25 October 2018.

^ "Ismail Sabri heads list of recipients of Melaka State Awards". Bernama. 10 October
2020. Dicapai pada 10 October 2020.

^ "Ismail Sabri dahului senarai penerima darjah kebesaran Melaka" (dalam bahasa
Malay). Berita Harian. 10 October 2020. Dicapai pada 10 October 2020.

^ "Sultan of Pahang's 75th birthday honours list". The Star. 26 October 2018. Dicapai
pada 25 October 2018.


Click to View FlipBook Version