The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengurusan Alam Pembelajaran
1) Persediaan ke alam persekolahan
2) Kajian di sekolah
3) Aksi guru di sekolah
4) Refleksi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Elnavera S, 2020-07-27 11:21:17

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pengurusan Alam Pembelajaran
1) Persediaan ke alam persekolahan
2) Kajian di sekolah
3) Aksi guru di sekolah
4) Refleksi

PENGURUSAN ALAM


PEMBELAJARAN BAB 14









PENGENALAN

Pengurusan merupakan satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari
semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan manakala alam pembelajaran merupakan
keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam
mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu
kepada tahu. Oleh itu, pengurusan alam pembelajaran merupakan suatu cara atau langkah
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dimana pengurusan
tersebut dapat memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan
objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat
menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. Pengurusan alam pembelajaran
juga melibatkan persediaan ke alam persekolahan dimana beberapa kemahiran asas
perlu dikuasai oleh guru untuk mengurus bilik darjah.




1.0 PERSEDIAAN KE ALAM PERSEKOLAHAN

Guru perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki kelas.
Antara elemen penting yang perlu disediakan adalah kebijaksanaan dan penilitian
dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Guru juga
perlu bijak merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan
rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Disamping
itu, guru perlu melibatkan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk menarik perhatian pelajar tehadap pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
pelbagai sumber dan aplikasi yang dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran
yang seronok dan dapat mengembangkan kreativiti murid serta melibatkan
pengetahuan dalam penggunaan teknologi. Seterusnya, semua aktiviti yang
dilaksanakan dan hasil pembelajaran perlu direkod dalam buku rekod mengajar.
Terdapat tiga perkara penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah iaitu set induksi, penyampaian isi dan penutup.

PENYAMPAIAN
SET INDUKSI ISI PENUTUP




Guru perlu merancang Guru perlu merancang Guru haruslah memberikan

permulaan pengajaran yang beberapa langkah yang satu kesimpulan atau

baik, menarik perhatian dan berurutan, disusun dengan rumusan mengikut subjek

minat murid baik dengan mencatat yang diajar pada masa kini



2.0 KAJIAN DI SEKOLAH

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan di sekolah-sekolah untuk
mengumpul maklumat yang sistematik untuk memajukan teori atau
menyelesaikan masalah. Tujuan kajian dijalankan di sekolah adalah untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Contoh-contoh kajian:

• Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu:Kajian Kes
Di Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Oleh Dr. Seman Salleh.
• Faktor-Faktor yang Menghalang Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan
Kokurikulum Sukan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Daerah Seremban. Oleh Mohd Jaflus Bahari.
• Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian Kes
Di Sebuah Sekolah Rendah di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Oleh Dr. Senam Salleh.
• Satu Kajian Kes Tentang Jenis dan Kekerapan Penggunaan Kaedah
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Oleh Guru Pelatih KDPM
Semester Empat (Ambilan Julai 1999). Oleh Choy Sau Kam, Khaw Ah
Hong, dan Lai Kim Leong.

3.0 AKSI GURU DI SEKOLAH

Guru merupakan ‘role model’ bagi murid di sekolah dan guru yang mampu
mendidik dan meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran dapat dilihat
dari;

i. Strategi mengajar yang berkesan

Guru di sekolah mestilah mempunyai strategi sendiri untuk menarik minat
pelajar dan dapat menyemai sifat yang berunsurkan kebersamaan dan
interkasi murid di sekolah.

ii. Alat bantu mengajar

Seorang guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang dapat
membantu murid untuk memahami dan menarik minat murid untuk
belajar. Guru boleh menggunakan pelbagai sumber dan aplikasi pada
masa kini supaya pelajar terdedah dengan penggunaan teknologi
semasa disamping meningkatkan kreativiti murid.

iii. Sistem maklumat pelajar

Guru perlu mengurus dan mengemaskini sistem maklumat murid agar
guru dapat menyusun strategi pembelajaran yang berkesan kepada
murid. Selain itu, sistem maklumat juga dapat membantu guru untuk
melihat sejauh mana perkembangan seseorang murid.

iv. Pencapaian cemerlang

Seorang guru dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

4.0 REFLEKSI

• Profesion sebagai seorang guru tidak mudah dan peranan serta tugas
guru semakin mencabar seiring dengan perkembangan teknologi pada
masa kini. Persediaan dari segi mental dan fizikal serta persediaan yang
rapi sangat diperlukan sebelum berhadapan dengan murid.
• Aspek pengurusan yang menyeluruh tehadap murid sudah menjadi
tanggungjawab bersama oleh semua pihak untuk melihat proses
perkembangan pembelajaran anak-anak di sekolah. Oleh itu, semua
pihak perlu berganding bahu untuk mencapai matlamat sekolah dan
seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berjaya pada masa akan
datang.

RUJUKAN

11 Disember 2018, KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN,
http://syerahisa.blogspot.com/2018/12/bab-14-pengurusan-alam-pembelajaran.html

29 Disember 2018, KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN,
http://amirahaliahkps3014.blogspot.com/

Remiefarizf, 29 Disember 2018, Bab 14: Pengurusan Alam Pembelajaran,
https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/29/bab-14-pengurusan-alam-pembelajaran/

Nurul Ain Shahira Rosman, 8 Disember 2018, KPS3014 BAB 14: PENGURUSAN ALAM
PEMBELAJARAN, https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/29/bab-14-pengurusan-alam-
pembelajaran/

10 November 2018, KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN,
http://pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-14-pengurusan-alam-
pembelajaran.html

Faiez Roslan, 16 Disember 2018, Pengurusan Pembelajaran,
http://faiezimtiaz.blogspot.com/2018/12/tajuk-14-pengurusan-alam-pembelajaran.html


Click to View FlipBook Version