The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bnm ringgitwise, 2018-11-01 23:45:33

Sek Men Final

Sek Men Final

Prakata

Ilmu mengenai pengurusan kewangan adalah penting memandangkan setiap individu perlu
membuat keputusan kewangan dalam kehidupan seharian. Setiap individu harus tahu hak
dan tanggungjawab masing-masing dalam menguruskan kewangan dan masa yang paling
sesuai untuk mendidik setiap individu ialah semasa di bangku sekolah lagi.

Usaha sama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Bank Negara Malaysia untuk
mendedahkan para pelajar kepada pendidikan kewangan telah dijalankan lebih dari 1 0 tahun.
Usaha sama yang merupakan satu agenda nasional ini, telah dimulakan dengan Program
Sekolah Angkat (PSA) pada tahun 1996 yang menyaksikan semua sekolah Kerajaan diambil
sebagai sekolah angkat oleh institusi kewangan. PSA digiatkan lagi dengan penubuhan
Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) pada tahun 1999. KKPS memain peranan penting
sebagai platform bagi mendidik pelajar tentang kewangan dan perbankan melalui aktiviti
kokurikulum.

Bank Negara Malaysia dengan kerjasama KPM dan institusi kewangan di bawah PSA telah
berjaya menerbitkan Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS. Kerjasama pintar
antara ’smart partners’ bagi menerbitkan buku ini amat releven dan bertepatan dengan aspirasi
Kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang celik kewangan. Kami berharap buku ini dapat
memudahkan guru penasihat dalam mengendalikan aktiviti KKPS.

Kandungan rancangan pengajaran dalam buku ini ialah hasil sumbangan guru-guru dari
seluruh Malaysia semasa Bengkel Guru Penasihat KKPS yang telah diadakan di lima zon pada
tahun 2007, anjuran Bank Negara Malaysia dengan sokongan KPM dan Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN). Di samping itu, institusi kewangan yang terlibat dalam PSA juga telah turut sama
memberi sumbangan dalam menyediakan beberapa rancangan pengajaran yang terdapat
dalam buku ini.

Buku ini mengandungi cadangan aktiviti-aktiviti KKPS untuk panduan dan rujukan guru
penasihat. Guru penasihat KKPS boleh mengubahsuai aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, jika
perlu bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang terlibat.

Memandangkan buku ini adalah terbitan yang pertama, kami juga mengalu-alukan maklum
balas daripada semua pihak demi memperbaiki lagi mutu dan kesesuaian buku ini. Sebarang
cadangan atau komen, boleh dikemukakan kepada kami di alamat berikut:

Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran
Tingkat 7, Blok A
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

Akhir kata, pihak Bank Negara Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada KPM, JPN, guru-guru dan institusi kewangan yang terlibat yang telah
memberi sokongan padu dalam merealisasikan penerbitan pertama Buku Rancangan Pengajaran
dan Pembelajaran KKPS ini.

Sekian, terima kasih.

Bank Negara Malaysia
Mac 2008

Kandungan

1. Kerjaya Masa Depan ................................................................. 1
2. Lawatan Ke Institusi Kewangan Angkat................................. 4
3. Prosedur Membeli Insurans Hayat dan
Membuat Tuntutan Pampasan ................................................. 8
4. Sistem Barter............................................................................ 15
5. Perbelanjaan Menggunakan Kad Kredit
(Kebaikan dan Keburukan)..................................................... 19
6. Pelabur Berhemat ................................................................... 25
7. Pelaburan, Untung atau Rugi................................................. 33
8. Kenali Mata Wang Asing......................................................... 39
9. Mencari Pengurus Kewangan Bijak........................................ 45
10. Budaya Menyimpan Wang...................................................... 52
11. Kerjaya Dalam Bidang Insurans Hayat................................... 56
12. Pelaburan Menjamin Masa Hadapan..................................... 63
13. ‘Money Explorace’ .................................................................. 69

Sekolah Menengah

TAJUK 1: KERJAYA MASA DEPAN

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 hingga 2 jam.

Objektif:
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenali dunia pekerjaan melalui iklan.
2. Mengenal pasti contoh-contoh kerjaya dan ganjaran yang

ditawarkan.
3. Menilai tahap pendidikan yang bersesuaian dengan kerjaya.

Persediaan awal:
1. Guru merancang sama ada untuk menjalankan keseluruhan

atau menggunakan sebahagian daripada aktiviti ini. Aktiviti
ini boleh juga dijadikan sebahagian daripada aktiviti lain.
2. Seminggu sebelum aktiviti ini, pelajar diberi tugasan untuk
mencari dan mengumpul contoh iklan pekerjaan yang biasa
dilihat di keratan surat khabar.
3. Guru juga perlu menyediakan beberapa contoh keratan iklan
kerjaya untuk digunakan semasa sesi tersebut.

Pengenalan aktiviti:
Guru hendaklah menerangkan kepada pelajar aktiviti yang akan
dijalankan ialah mengenai kerjaya dan bagaimana iklan kerjaya
dapat memberi panduan, motivasi, menarik minat dan menimbulkan kesedaran pelajar.

Set induksi/pengenalan:
Mulakan dengan bertanya soalan berikut kepada pelajar :
1. Apakah impian anda?
2. Mengapa anda memilih kerjaya tersebut?
3. Bagaimanakah maklumat berkenaan kerjaya boleh diperoleh?

Aktiviti 1 (25 minit)
1. Pelajar dikehendaki menyenaraikan iklan kerjaya yang biasa dilihat di media cetak.
2. Pelajar perlu mengklasifikasikan iklan kerjaya mengikut tahap pendidikan seperti sijil,

diploma dan ijazah yang diperlukan.
3. Senaraikan jenis kerjaya daripada iklan yang dikumpulkan.

Guru memberi penerangan mengenai beberapa contoh kerjaya mengikut tahap pendidikan.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<

Sekolah Menengah
Kerja Masa Depan

Contoh: Kerjaya mengikut tahap kelulusan

Sijil Diploma Ijazah
Kerani Juruteknik Jurutera
Operator pengeluaran Jururawat Doktor
Jurujual Pembantu perubatan Arkitek
Tentera Pembantu akaun Peguam
Polis Guru

Aktiviti 2 (40 minit)
1. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam aktiviti 1, guru boleh mengggunakan

maklumat ini untuk menjalankan aktiviti 2.
2. Aktiviti ini boleh dijalankan pada hari yang sama atau pada sesi yang berikutnya.
3. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah melantik

seorang ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan.
4. Guru akan mengedarkan soalan di bawah untuk perbincangan setiap kumpulan.

Guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya jika tidak faham dengan soalan yang
diberikan.

Soalan perbincangan
1. Apakah kerjaya yang menarik minat anda?
2. Senaraikan pekerjaan yang pelajar minati dan tidak minati daripada iklan tersebut.

Mengapa?

Contoh hasil perbincangan
1. Contoh kerjaya dipilih - doktor, peguam, akauntan.
2. Sebab memilih kerjaya tersebut - gaji tinggi, minat, pengaruh keluarga.
3. Kerjaya yang tidak diminati - buruh kasar, petani, pengawal keselamatan. Sebab tidak

meminati - kerja berat dan gaji rendah.

Ulasan guru
Guru akan memberi nasihat kepada pelajar, iaitu jika mereka ingin memperoleh pendapatan
yang lumayan, mereka hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya melanjutkan
pengajian ke IPTA/IPTS dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang untuk
merealisasikan impian masing-masing.

Aktiviti 3 (30 minit)
1. Aktiviti ini sesuai dijalankan pada sesi berikutnya.
2. Bagi aktiviti ini, pelajar diberi tugasan untuk mengumpul iklan kerjaya untuk dimuatkan

dalam buku skrap (berdasarkan format yang diberikan oleh guru).

<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Kerja Masa Depan

Arahan guru
1. Setiap kumpulan hendaklah memilih 10 keratan iklan kerjaya.
2. Setiap keratan iklan mestilah mengandungi maklumat yang berikut:
- Jawatan
- Ganjaran/pendapatan
- Syarat kelayakan
3. Semua buku skrap perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu.
4. Guru penasihat boleh menjemput wakil institusi kewangan angkat bagi mengadili

pertandingan buku skrap serta menyampaikan hadiah.
Penutup (10 minit)
Akhiri sesi dengan menerangkan kepada pelajar tentang pengetahuan yang diperoleh
melalui maklumat yang terdapat di iklan kerjaya. Pengetahuan tersebut akan dapat
membantu pelajar membuat keputusan yang rasional untuk masa hadapan mereka.

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Utara, Kedah, 17 - 19 April 2007

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<

Sekolah Menengah

TAJUK 2: LAWATAN KE INSTITUSI KEWANGAN ANGKAT

Masa lawatan:
Bulan Mei

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 hingga 2 jam.

Objektif:
Pada akhir aktiviti ini pelajar bersama anak yatim yang
terlibat akan dapat:
1. Memberi ulasan mengapa ilmu pendidikan

kewangan itu penting.
2. Menyatakan apakah perkara-perkara yang dapat

dipelajari melalui pendidikan kewangan.
3. Menceritakan peranan dan operasi sesebuah institusi

kewangan dengan lebih mendalam terutamanya
dalam perkara yang berikut:
i. Kaunter deposit dan pengeluaran wang/ruang
legar bank.
ii. Bahagian pinjaman dan pembiayaan.
iii. Cara-cara menggunakan mesin ATM.
iv. Peti simpanan bank.
v. Mata wang asing.

Persediaan awal:
1. AJK Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) menyediakan kertas kerja lawatan (sila rujuk

lampiran) dan menyerahkan kepada guru penasihat KKPS untuk tindakan selanjutnya.
2. Guru bersama AJK KKPS cuba mendapatkan penaja bagi pembukaan akaun anak-anak

yatim.
3. Guru mendapatkan kebenaran/kelulusan dari pihak pengurusan anak yatim dan ibu bapa

pelajar bagi menjalankan aktiviti yang dirancangkan.
4. Guru mendapatkan persetujuan daripada pihak institusi kewangan angkat.
5. Menempah bas.

Set induksi/pengenalan:
1. Mulakan dengan bertanya soalan kepada pelajar:
2. “Di manakah kita boleh menyimpan wang dengan selamat dan bagaimanakah wang

tersebut boleh berganda?”
3. Guru menayangkan slaid berkenaan institusi kewangan dan menerangkan tentang

operasinya.
4. Guru menayangkan slaid rumah anak yatim dan kaitannya dengan tanggungjawab

sosial.

<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Lawatan ke Institusi Kewangan Angkat

Aktiviti 1
(Semasa di rumah anak yatim)
1. Guru memberi taklimat ringkas kepada pelajar dan anak-anak yatim yang terlibat

tentang:
- Aturcara program
- Tingkahlaku pelajar
- Aspek keselamatan
- Laporan lawatan
2. Pembentukan kumpulan
Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar
dan anak yatim. Setiap kumpulan hendaklah melantik ketua kumpulan masing-masing.

Aktiviti 2
(Semasa di institusi kewangan)
1. Pihak pengurusan institusi kewangan akan membuat penerangan tentang operasi-

operasi yang dijalankan di institusi mereka.
2. Pihak institusi kewangan menguruskan pembukaan akaun pelajar dan anak yatim.

Penutup :
(Sesi ini dijalankan setelah pulang semula ke rumah anak yatim)
1. Guru mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan anak yatim hasil daripada

lawatan mereka.
2. Guru meminta pelajar menyediakan laporan lawatan.
3. Guru menasihati pelajar supaya menabung dari awal dan menyimpan wang di tempat

yang selamat seperti di institusi kewangan. Di samping itu, insitusi kewangan juga akan
memberi faedah atau keuntungan ke atas simpanan mereka.

Cadangan aktiviti pengukuhan:
Guru mengumpul semula dan membuat penyemakan buku akaun selepas dua bulan.
Pelajar yang mempunyai simpanan paling banyak akan diberi ganjaran/hadiah.

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Selatan, Negeri Sembilan, 7 - 9 Mei 2007

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<

Sekolah Menengah
Lawatan ke Institusi Kewangan Angkat

Lampiran

Kertas Kerja Lawatan ke Institusi Kewangan Angkat Bersama Anak-anak Yatim

Pengenalan
Di bawah Program Sekolah Angkat (PSA), setiap sekolah Kerajaan mempunyai institusi
kewangan angkat yang telah ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Bank Negara
Malaysia. Institusi kewangan angkat ini bertindak sebagai penasihat bagi membantu
sekolah dan guru-guru Kelab Kewangan Pelajar Sekolah menjalankan aktiviti pendidikan
kewangan.

Objektif
Tujuan aktiviti adalah untuk:
1. Memberi pendedahan berkenaan pendidikan kewangan
2. Membolehkan pelajar dan anak yatim mengetahui peranan dan operasi sesebuah

institusi kewangan dengan lebih mendalam terutamanya dalam perkara yang berikut:
i. Kaunter deposit dan pengeluaran wang/ruang legar bank
ii. Bahagian pinjaman dan pembiayaan
iii. Cara-cara menggunakan mesin ATM
iv. Peti simpanan bank
v. Mata wang asing

Maklumat-maklumat lanjut aktiviti:
1. Tempat lawatan: (Nama institusi kewangan angkat)
2. Tarikh lawatan: Bulan Mei
3. Bilangan guru: 2 orang dan seorang wakil dari rumah anak yatim
4. Bilangan ahli KKPS: 22 orang
5. Bilangan anak yatim: 15 orang
6. Kos perbelanjaan:

- Pembukaan buku akaun RM10.00 x 15 = RM150.00
- Sewa bas: RM300.00
- Lain-lain: RM50.00
- Jumlah: RM500.00
7. Sumber kewangan: Kelab dan Sumbangan Penaja
8. Jangka masa: Satu hari (2 Jam)

<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Lawatan ke Institusi Kewangan Angkat

9. Senarai peserta lawatan:

Bil Nama No. Kad Alamat No. Telefon
Pengenalan

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
(Guru Penasihat) (Pengetua)


(Setiausaha)

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<

Sekolah Menengah

TAJUK 3: PROSEDUR MEMBELI INSURANS HAYAT DAN MEMBUAT
TUNTUTAN PAMPASAN

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 2 jam.

Objektif umum:
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan
dapat:
1. Menyenaraikan jenis-jenis insurans.
2. Menerangkan kepentingan insurans.
3. Menerangkan prosedur membeli

insurans hayat.
4. Menerangkan prosedur membuat

tuntutan insurans hayat.

Objektif khusus:
Pada akhir pembelajaran, para pelajar akan dapat:
1. Menyatakan dan menyenaraikan dua jenis insurans iaitu:

• Insurans Hayat

- Insurans perubatan dan kesihatan
- Insurans berkaitan pelaburan
- Insurans pendidikan
- Insurans bertempoh
- Insurans seumur hidup
- Insurans anuiti
- Insurans endowment

• Insurans Am

- Insurans kebakaran
- Insurans motor
- Insurans kemalangan diri
- Insurans marin, udara dan transit
- Insurans empunya rumah
2. Menyatakan lima prosedur yang perlu untuk membeli insurans hayat.
3. Menerangkan lima prosedur yang perlu untuk membuat tuntutan.

Persediaan awal:
1. Guru berbincang dengan AJK Kelab seminggu sebelum aktiviti dijalankan.
2. Guru menyediakan slaid gambar-gambar situasi kemalangan, kebakaran dan banjir.
3. Guru menyediakan slaid peraturan, arahan dan syarat permainan.
4. Guru menyediakan peralatan permainan, dan soalan-soalan untuk nota misteri.

<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Prosedur Membeli Insurans Hayat dan Membuat Tuntutan Pampasan

Set induksi/pengenalan:
1. Guru menayangkan slaid tentang situasi yang menyayat hati seperti:

i. Slaid kebakaran
ii. Slaid kemalangan jalan raya
iii. Slaid Tsunami
iv. Slaid banjir
v. Slaid penyakit-penyakit berbahaya
(sila rujuk lampiran 1)
2. Guru mengajukan soalan berikut kepada pelajar:
i. Pernahkah anda melihat situasi yang ditayangkan tadi?
ii. Jika anda berada dalam situasi ini, apakah yang anda akan lakukan?
iii. Bagaimanakah kita dapat mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku kepada kita?
3. Guru menghubungkaitkan jawapan pelajar dengan tajuk/isi pembelajaran.

Aktiviti 1
Guru meminta pelajar menyenaraikan jenis-jenis insurans yang mereka ketahui.

Aktiviti 2
1. Guru memberi pengukuhan dan penerangan tentang jenis insurans dan kepentingan

insurans menggunakan slaid.
2. Guru memberi penerangan tentang prosedur membeli insurans hayat.
3. Guru memberi penerangan tentang prosedur membuat tuntutan insurans hayat
(sila rujuk lampiran 2).

Aktiviti 3
Permainan ‘InHa Race’
Pengurusan permainan:
1. Pembahagian tugas

i. penjaga kotak misteri
ii. pemain
iii. penjaga masa
2. Pembahagian pelajar dalam kumpulan-empat orang pelajar setiap kumpulan
3. Keperluan/peralatan permainan
i. Buah dadu
ii. Papan InHa Race seperti di lampiran 3
iii. Nota misteri
iv. Kotak nota misteri
v. Borang markah
vi. Cip warna berbeza

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<

Sekolah Menengah
Prosedur Membeli Insurans Hayat dan Membuat Tuntutan Pampasan

4. Nota misteri
Soalan Perbincangan: Nota misteri

• Namakan lima jenis insurans di Malaysia?

Jawapan:
- Insurans hayat
- Insurans perubatan dan kesihatan
- Insurans berkaitan pelaburan
- Insurans pendidikan
- Insurans kebakaran
- Insurans motor
- Insurans empunya rumah
- Insurans kemalangan diri

• Mengapakah saya perlu membeli insurans hayat?

Jawapan:
- Memastikan agar keluarga terdekat mempunyai wang tunai selepas kematian
pemegang polisi.
- Supaya keluarga terdekat dapat terus mengekalkan taraf hidup.

- Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikan.
- Supaya mempunyai pelan tabungan masa hadapan apabila bersara.

- Sebagai pendapatan sampingan apabila pendapatan berkurang akibat penyakit
atau kemalangan.

• Bagaimanakah anda boleh membeli polisi insurans hayat?

Jawapan:
Anda boleh memilih membeli polisi insurans hayat daripada institusi kewangan seperti
bank yang mempunyai urusan bank assurans dengan syarikat insurans, melalui broker
insurans atau ejen insurans hayat.

• Bolehkah anda mendapat semula premium sekiranya anda membatalkan polisi anda

dalam tempoh membuat keputusan?
Jawapan:

Ya. Di bawah tempoh membuat keputusan, anda boleh membatalkan polisi
dalam masa 15 hari selepas menerima dokumen dengan cara mengembalikan
polisi berkenaan kepada syarikat insurans. Jadi, premium yang telah dibayar akan
dikembalikan kepada anda.

• Sila nyatakan prosedur pembelian insurans hayat.

Jawapan:
- Memilih dan menentukan syarikat insurans.
- Menentukan jenis polisi yang diperlukan.
- Mengisi borang cadangan dan menyerahkan kepada syarikat insurans.
- Menerima polisi insurans.
- Membayar polisi insurans tersebut.

10<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Prosedur Membeli Insurans Hayat dan Membuat Tuntutan Pampasan

• Sila senaraikan prosedur membuat tuntutan insurans hayat.

Jawapan:
- Membuat laporan polis.
- Membuat laporan kepada syarikat insurans.
- Mengisi borang tuntutan dan mengembalikan kepada syarikat insurans.
- Syarikat insurans membuat siasatan.
- Syarikat insurans memproses tuntutan.
- Individu menerima pampasan.

• Sekiranya anda membeli insurans hayat, adakah anda layak mendapat pelepasan cukai
pendapatan?

Jawapan:

A: Ya B: Tidak

• Sekiranya anda membeli polisi insurans hayat biasa, amaun maksimum pelepasan
cukai pendapatan setahun ialah:

Jawapan:

A: RM3000 B: RM4000 C: RM5000

• Berapakah bayaran pampasan yang akan anda peroleh sekiranya anda membunuh diri?

Jawapan:
Tiada bayaran

Penutup:
Guru menekankan/menegaskan kepada pelajar tentang kepentingan membeli polisi
insurans.

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Malaysia Timur, Sarawak, 27-29 Mei 2007

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<11

Sekolah Menengah
Prosedur Membeli Insurans Hayat dan Membuat Tuntutan Pampasan

Lampiran 1

Banjir Kebakaran

Penyakit Berbahaya Kemalangan Jalan Raya

Tsunami
12<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Prosedur Membeli Insurans Hayat dan Membuat Tuntutan Pampasan

Slaid-slaid Insurans Lampiran 2
Slaid 1 - Jenis-jenis insurans
Insurans Hayat
Insurans Hayat
• Insurans kebakaran
• Insurans perubatan dan kesihatan • Insurans motor
• Insurans berkaitan pelaburan • Insurans kemalangan diri
• Insurans pendidikan • Insurans marin, udara dan transit
• Insurans bertempoh • Insurans empunya rumah
• Insurans seumur hidup
• Insurans anuiti
• Insurans endowmen

Slaid 2 - Kepentingan insurans hayat

• Memastikan agar keluarga terdekat mempunyai wang tunai selepas kematian pemegang

polisi.

• Supaya keluarga terdekat dapat terus mengekalkan taraf hidup.
• Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikan.
• Supaya mempunyai pelan tabungan masa hadapan apabila bersara.
• Sebagai pendapatan sampingan apabila pendapatan berkurangan akibat penyakit atau

kemalangan.

Slaid 3 - Prosedur pembelian insurans hayat

• Memilih dan menentukan syarikat insurans.
• Menentukan jenis polisi yang diperlukan.
• Mengisi borang cadangan dan menyerahkannya kepada syarikat insurans.
• Menerima polisi insurans.
• Membayar polisi insurans tersebut.

Slaid 4 - Prosedur membuat tuntutan insurans hayat

• Membuat laporan polis.
• Membuat laporan kepada syarikat insurans.
• Mengisi borang tuntutan dan mengembalikan kepada syarikat insurans.
• Syarikat insurans membuat siasatan.
• Syarikat insurans memproses tuntutan.
• Individu menerima pampasan.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<13

Sekolah Menengah
Prosedur Membeli Insurans Hayat dan Membuat Tuntutan Pampasan

Lampiran 3
Papan Inha Race

14<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah

TAJUK 4: SISTEM BARTER


Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Objektif:
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan maksud sistem barter.
2. Membezakan nilai sesuatu barang.
3. Menerangkan kelemahan dan kelebihan sistem barter

melalui persembahan/lakonan pelajar.
4. Menyenaraikan kelebihan penggunaan sistem wang

berbanding sistem barter.
Persediaan awal:
Wang contoh (wang kertas dan syiling), kalkulator,
gambar, beras, garam, tepung, sayur, buah, ikan dan lain-lain.
Set induksi/pengenalan:
1. Guru menunjukkan slaid/gambar kegiatan ekonomi zaman dahulu.
2. Apakah yang anda faham daripada gambar yang ditunjukkan?
Kemungkinan jawapan pelajar:

i. Seorang lelaki terpaksa menukarkan lembunya dengan sebuku roti.
ii. Lelaki yang memiliki roti gembira kerana akan mendapat seekor lembu.
iii. Pemilik lembu berasa sedih kerana terpaksa menukarkan lembu yang nilainya jauh
lebih tinggi dari sebuku roti.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<15

Sekolah Menengah
Sistem Barter

Aktiviti 1:
1. Guru menjelaskan secara lebih terperinci maksud sistem barter.
2. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan (setiap kumpulan terdiri

daripada tiga orang pelajar).

Lengkapkan dialog di atas

3. Guru memberi setiap kumpulan sekeping gambar tanpa dialog.
4. Setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan dialog berdasarkan gambar tersebut dalam

masa 10 minit.
5. Guru akan memilih dua dialog terbaik untuk dilakonkan.
6. Kumpulan lain dikehendaki menilai dan menyatakan kelemahan sistem barter yang

dijalankan berdasarkan lakonan.
Jawapan:
i. Sukar memenuhi dua kehendak serentak.
ii. Barangan sukar dibahagikan kepada unit yang lebih kecil.
iii. Barangan sukar dibawa.
iv. Barangan tidak mempunyai ukuran nilai.
v. Barangan tidak memberi simpanan nilai yang baik.
7. Guru menyoal pelajar cara mengatasi kelemahan sistem tersebut.
Jawapan: Memperkenalkan sistem wang.
8. Pelajar menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan sistem wang.
Jawapan:
i. Mudah dibawa
ii. Diterima umum (alat perantaraan pertukaran)
iii. Tahan lama
iv. Nilai yang stabil
v. Alat bayaran tertunda

16<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Sistem Barter

Aktiviti 2:
1. Guru mengedarkan kepada setiap pelajar lampiran yang mengandungi perkataan

tersembunyi yang berkaitan dengan sistem barter.
2. Pelajar dikehendaki mewarnakan jawapan berdasarkan soalan yang diberi.

DAHU LU I C EKB
I AN R E T R A B NW
B S A TMOWE LMA
AARMOD E NO L N
WTMLGD EMLGG
ARWE VO L U S I N
NE S S E R ENT AK
S K R E A TMOD E D
MLGS Y I L I NGG

Soalan
1. Sistem pertukaran barang dengan barang dikenali sebagai sistem. ……………….. Sistem

ini dijalankan pada zaman ………….. Pada zaman…………….., sistem ini tidak banyak
lagi digunakan oleh masyarakat.
2. Masalah yang dihadapi dalam sistem pertukaran barang dengan barang ialah sukar
…………… dan mendapat kemahuan ………………….
3. ………………..ialah komoditi atau benda yang dapat diterima umum oleh masyarakat
sebagai alat perantaraan pertukaran.
4. Tiga jenis wang dalam masyarakat hari ini ialah:
a) ........................................ b) ........................................ c) .....................................
5. ..……………. wang berlaku seiring dengan peredaran waktu.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<17

Sekolah Menengah
Sistem Barter

Jawapan:
1. barter, dahulu, moden
2. dibawa, serentak
3. Wang
4. a) Syiling, b) Kertas, c) Cek
5. Evolusi

DAHU LU I C EKB
I AN R E T R A B NW
B S A TMOWE LMA
AARMOD E NO L N
WTMLGD EMLGG
ARWE VO L U S I N
NE S S E R ENT AK
S K R E A TMOD E D
MLGS Y I L I NGG

Penutup:
Pada akhir sesi guru memberi dan menerangkan semula jawapan yang betul.

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Timur, Kelantan, 13 -15 Mei 2007

18<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah

TAJUK 5: PERBELANJAAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT
(KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 jam.

Objektif:
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1. Mendefinisikan kad kredit.
2. Menentukan kaedah menggunakan kad kredit

secara bijak.
3. Mengenal pasti kebaikan dan keburukan kad

kredit.

Persediaan awal:
Bahan - contoh kad kredit dan contoh penyata
kad kredit.

Cadangan aktiviti: Lakonan “Kad Oh Kad”, penerangan, perbincangan, pembentangan dan
permainan uji minda.

Penerangan aktiviti keseluruhan:
1. Takrifan kad kredit.
2. Penerangan tentang kaedah penggunaan kad kredit yang bijak.
3. Mengenal pasti kebaikan dan keburukan kad kredit.
4. Kaedah mengatasi penyalahgunaan kad kredit.

Set induksi/pengenalan: (5 minit)
Guru mempamerkan beberapa jenis kad di hadapan kelas. Contohnya kad Jusco, kad
Mesra, kad Real Reward, kad ATM dan kad kredit seperti kad Visa. Beberapa orang pelajar
diminta mengenal pasti yang mana satu kad kredit. Guru menerangkan perbezaan antara
kad kredit dan kad yang lain.

Aktiviti 1
Lakonan - “Kad Oh Kad”
Di sebuah pusat membeli belah
Dua orang sahabat sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah

Situasi 1.
Odah : Eh, Peah. Tengok tu (sambil menuding jari ke arah bahagian minyak wangi) Estee

Lauder ada tawaran murahlah!
Peah : Jom... tapi... duit aku tak cukuplah.
Odah : Jangan risau. Kad kredit kan ada...
Peah : Ah, betul. Jom, aku pun dah tak sabar ni.
Kedua-dua orang sahabat ini pergi membeli barangan mengikut kehendak mereka.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<19

Sekolah Menengah
Perbelanjaan Menggunakan Kad Kredit (Kebaikan dan Keburukan)

Situasi 2.
Pada bulan berikutnya.
Peah : Odah, boleh aku pinjam duit kau sikit. Aku tengah sesak ni.
Odah : Kenapa?
Peah : Aku nak bayar kad kredit la. Kad aku kena sekat.
Odah : Kenapa pulak?
Peah : Kau ingat tak bulan lepas kita beli minyak wangi Estee Lauder.
Masa tu kad aku dah lebih had. Jadi bulan ni aku kena bayar lebih untuk aktifkan

kad aku.
Odah : Aku pun sama.
Guru meminta pelajar memberikan komen berdasarkan situasi dalam lakonan.
Aktiviti 2
Guru meminta pelajar menerangkan:
1. Definisi kad kredit
2. Fungsi kad kredit
3. Penyalahgunaan kad kredit
(Jawapan: Rujuk lampiran 1)

Aktiviti 3
Aktiviti dalam kumpulan
1. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan menggunakan kad kredit
2. Menyenaraikan cadangan untuk menangani penyalahgunaan kad kredit.
(Jawapan: Rujuk lampiran 1)
Aktiviti 4
Aktiviti dalam kumpulan
Permainan “Uji Minda” iaitu menyusun huruf yang diberi untuk membentuk satu perkataan
yang lengkap. (Jawapan: Rujuk lampiran 2)

20<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Perbelanjaan Menggunakan Kad Kredit (Kebaikan dan Keburukan)

Aktiviti 5
Pembentangan kumpulan.
Setiap kumpulan akan membentangkan hasil tugasan dalam aktiviti 2, 3 dan 4 di hadapan
kumpulan.
Penutup:
Guru menasihati pelajar supaya bijak berbelanja dengan menggunakan kad kredit agar
tidak dibebani dengan masalah hutang.
‘BIJAK BERBELANJA, HIDUP SEJAHTERA’

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Tengah, Kuala Lumpur, 20 - 22 Mei 2007

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<21

Sekolah Menengah
Perbelanjaan Menggunakan Kad Kredit (Kebaikan dan Keburukan)

Lampiran 1

Jawapan Aktiviti 2

Definisi Kad Kredit

Kad kredit ialah satu instrumen pembayaran yang membolehkan kita memperoleh
barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai.

Fungsi kad kredit
1. Alat pembayaran bagi menggantikan wang.
2. Memudahkan transaksi pembayaran.
3. Mendapatkan pendahuluan wang tunai di mesin ATM.

Penyalahgunaan kad kredit KEBURUKAN
1. Perbelanjaan melebihi pendapatan.
2. Berbelanja tidak mengikut keperluan. 1. Perbelanjaan yang berlebihan
3. Penipuan kad kredit. 2. Kadar faedah yang tinggi
4. Boros berbelanja. 3. Penipuan kad kredit
4. Bituolemhemnjaednigmakuibflaistk an seseorang
KEBAIKAN

1. Mudah dibawa
2. Mudah digunakan
3. Keselamatan terjamin
4. Satu kemudahan apabila tidak

mempunyai wang tunai
5. Berguna semasa kecemasan

Kaedah untuk menangani penyalahgunaan kad kredit
1. Merancang perbelanjaan dengan baik.
2. Mengikut perancangan yang telah dibuat dengan betul.
3. Berbelanja mengikut keperluan dan pendapatan.
4. Menyimpan kad kredit di tempat yang selamat.
5. Jangan pinjamkan kad kredit anda kepada sesiapa saja.
6. Semak penyata kad kredit sebaik saja menerimanya.

22<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Perbelanjaan Menggunakan Kad Kredit (Kebaikan dan Keburukan)

Lampiran 2

Permainan Uji Minda
Susun huruf-huruf di bawah untuk membentuk satu perkataan yang lengkap.

1. acj 16. sotipde

2. udfra 17. noanpoherm

3. same 18. sikanumm

4. nuama 19. inmimum

5. numtilpa 20. mnajeaidw

6. klkasi 21. baitilili

7. saktranis 22. rombon ipn

8. deirkt 23. iemlian

9. anuit 24. ciranmea pxesesr

10. dehafa 25. sretma racd

11. kioris 26. ivas

12. mehretab 27. miorpokm

13. padanpenat 28. plsi

14. aybarnampe 29. aytnepa

15. sunermint 30. arnyu

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<23

Sekolah Menengah
Perbelanjaan Menggunakan Kad Kredit (Kebaikan dan Keburukan)

Jawapan

1. caj 16. deposit

2. fraud 17. permohonan

3. emas 18. maksimum

4. amaun 19. minimum

5. platinum 20. dwijenama

6. klasik 21. liabiliti

7. transaksi 22. nombor pin

8. kredit 23. menilai

9. tunai 24. American Express

10. faedah 25. master card

11. risiko 26. visa

12. berhemat 27. kompromi

13. pendapatan 28. slip

14. pembayaran 29. penyata

15. instrumen 30. yuran

24<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah

TAJUK 6: PELABUR BERHEMAT

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Objektif:

Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:

1. Merekod transaksi dalam Buku Wang Saku.

2. Mengetahui prosedur menyimpan wang dan

mengeluarkan wang.

3. Memilih pelaburan yang paling menguntungkan dan

kurang berisiko.

Persediaan awal:
1. Guru perlu menentukan tempat-tempat yang akan

dijadikan stesen.
2. Guru menyediakan arahan dan syarat permainan dalam

sampul surat untuk setiap kumpulan.
3. Guru menyediakan soalan-soalan tugasan untuk setiap

kumpulan (rujuk lampiran 1 hingga 4)
4. Guru menyediakan bahan untuk digunakan dalam

aktiviti:
i. Buku Wang Saku.
ii. Kalkulator dan alat tulis.
iii. Slip simpanan dan pengeluaran wang serta slip-slip lain yang berkaitan.
iv. Hadiah dan sijil penghargaan.

Set induksi/pengenalan:
Lakonan pendek bertajuk Skim Cepat Kaya. (Sila rujuk skrip di lampiran 5)

Aktiviti :
1. Aktiviti ini dijalankan dalam sekitar kawasan sekolah.
2. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.
3. Setiap kumpulan perlu melepasi tugasan di keempat-empat stesen seperti yang berikut:
Stesen 1:
Merekod dan melengkapkan transaksi dalam Buku Wang Saku bagi setiap kumpulan.
Stesen 2:
Memilih dan mengisi borang wang keluar/ masuk dengan betul.
Stesen 3:
Memilih sampul untuk menentukan skim pelaburan bagi kumpulan masing-masing.
Stesen 4:
Membuat pengiraan keuntungan pelaburan bagi kumpulan masing-masing dan

mendapatkan kunci misteri.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<25

Sekolah Menengah
Pelabur Berhemat

4. Kumpulan pertama yang berjaya mendapat kunci misteri diisytiharkan sebagai
pemenang.

Penutup:
Sesi soal jawab dan perbincangan berkaitan dengan catatan Buku Wang Saku, simpanan,
pengeluaran serta pelaburan.

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Tengah, Kuala Lumpur, 20 - 22 Mei 2007

26<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Pelabur Berhemat

Lampiran 1

Stesen 1
Bahan: Senaskhah Buku Wang Saku bagi setiap kumpulan.
Sampul pertama - Slip arahan:
Anda dibekalkan wang saku sebanyak RM200 dalam bulan Mei. Untuk makluman, anda
telah pun mempunyai simpanan sebanyak RM1000 dalam akaun simpanan anda.
Anda dikehendaki merekod transaksi bagi bulan Mei 2007 dalam Buku Wang Saku anda.
Maklumat adalah seperti yang berikut:
03 Mei : Tambang bas untuk sebulan RM50
05 Mei : Pembelian buku rujukan Matematik RM6
12 Mei : Hadiah Hari Ibu RM10
15 Mei : Hadiah Hari Guru RM5
17 Mei : Pemberian wang dari Opah RM10
21 Mei : Bayaran yuran kelas RM4
22 Mei : Beli makanan dan minuman RM40
25 Mei : Menang pertandingan Sudoku RM15
26 Mei : Belanja kawan rapat RM10
Serahkan Buku Wang Saku yang lengkap diisi untuk disemak oleh ketua stesen. Sampul
kedua akan diberikan kepada kumpulan yang telah melengkapkan catatan dalam Buku
Wang Saku dengan betul.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<27

Sekolah Menengah
Pelabur Berhemat

Lampiran 2

Stesen 2
Bahan:
i. Pelbagai slip transaksi bank seperti slip simpanan, pengeluaran, pembayaran, pinjaman,

deposit cek dan lain-lain.
ii. Alat tulis
Sampul kedua - Slip arahan:
Anda dikehendaki menyimpan lebihan wang saku bagi akhir bulan Mei ke dalam akaun
simpanan di bank. Pilih slip yang betul dan lengkapkannya. Hantar slip tersebut kepada
ketua stesen untuk disemak. Sampul ketiga akan diberikan kepada kumpulan yang telah
melengkapkan slip dengan betul.

28<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Pelabur Berhemat

Lampiran 3

Stesen 3
Bahan:
1. Empat keping sampul surat berlabel A, B, C dan D yang mengandungi arahan berlainan.
2. Pelbagai slip transaksi bank.
3. Empat keping sampul yang berwarna merah, kuning, biru dan hijau.
4. Empat replika kunci diperbuat daripada ‘mounting board’.

Sampul A - Slip arahan:
Anda dikehendaki mengeluarkan RM1000 daripada akaun simpanan untuk membuat
pelaburan dengan menggunakan borang yang betul. Tunjukkan kepada ketua stesen untuk
disemak. Kemudian kira faedah yang diterima pada kadar 300%. Serahkan hasil pengiraan
tersebut kepada ketua stesen untuk disemak semula.

Ketua stesen akan menyerahkan satu sampul berwarna merah kepada kumpulan anda.

Kunci misteri akan diberikan setelah kumpulan anda berjaya melaksanakan arahan seperti
dalam sampul tersebut. Serahkan kunci misteri anda di stesen keempat.

Isi kandungan sampul merah:

ANDA TELAH MELABUR DALAM SKIM PELABURAN YANG SALAH DI
SISI UNDANG-UNDANG. OLEH YANG DEMIKIAN KUMPULAN ANDA
DIKEHENDAKI MENYATAKAN NAMA PENUH PENGETUA SEKOLAH,
PENOLONG KANAN1, PENOLONG KANAN HAL EHWAL Pelajar DAN
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM DI HADAPAN KETUA STESEN.

Sampul B - Slip Arahan:
Kira faedah/keuntungan yang diterima pada kadar 1%. Serahkan hasil pengiraan tersebut
kepada ketua stesen untuk disemak semula.

Ketua stesen akan menyerahkan satu sampul berwarna kuning kepada kumpulan anda.

Kunci misteri akan diberikan setelah kumpulan anda berjaya melaksanakan arahan seperti
dalam sampul tersebut. Serahkan kunci misteri anda di stesen keempat.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<29

Sekolah Menengah
Pelabur Berhemat

Isi kandungan sampul kuning:

ANDA TELAH MELABUR DALAM SKIM PELABURAN YANG KURANG
MENGUNTUNGKAN SERTA KURANG BERISIKO. OLEH YANG DEMIKIAN
ANDA DIKEHENDAKI MEMBERIKAN NAMA PENUH TIGA ORANG GURU
KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH ANDA DAN DAPATKAN TANDATANGAN
MEREKA. SERAHKAN JAWAPAN KEPADA KETUA STESEN.

Sampul C - Slip arahan:
Anda dikehendaki mengeluarkan RM1000 daripada akaun simpanan untuk membuat
pelaburan dengan menggunakan borang yang betul. Tunjukkan kepada ketua stesen
untuk disemak. Kemudian kirakan faedah yang diterima pada kadar 10%. Serahkan
hasil pengiraan tersebut kepada ketua stesen untuk disemak semula. Ketua stesen akan
menyerahkan satu sampul berwarna biru kepada kumpulan anda.
Kunci misteri akan diberikan setelah kumpulan anda berjaya melaksanakan arahan seperti
dalam sampul tersebut. Serahkan kunci misteri anda di stesen keempat.

Isi kandungan sampul biru:

TAHNIAH! ANDA MERUPAKAN PELABUR YANG BIJAK DAN TELAH
MENDAPAT KEUNTUNGAN YANG TINGGI.

Sampul D - Slip arahan:
Anda dikehendaki mengeluarkan RM1000 daripada akaun simpanan untuk membuat
pelaburan dengan menggunakan borang yang betul. Tunjukkan kepada ketua stesen
untuk disemak. Kemudian kirakan faedah yang diterima pada kadar 3.5%. Serahkan hasil
pengiraan tersebut kepada ketua stesen untuk disemak semula.
Ketua stesen akan menyerahkan satu sampul berwarna hijau kepada kumpulan anda.
Kunci Misteri akan diberikan setelah kumpulan anda berjaya melaksanakan arahan seperti
dalam sampul tersebut. Serahkan kunci misteri anda di stesen keempat.

Isi kandungan sampul hijau:

ANDA TELAH MELABUR DALAM SKIM PELABURAN YANG
MENGUNTUNGKAN SERTA KURANG BERISIKO. WALAU BAGAIMANAPUN
KUMPULAN ANDA DIKEHENDAKI MENYANYIKAN LAGU SEKOLAH
DENGAN PENUH SEMANGAT DI HADAPAN KETUA STESEN.

30<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Pelabur Berhemat

Lampiran 4

Stesen 4
Bahan:
1. Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga.
2. Sijil penyertaan untuk semua peserta.
Garisan Penamat:
Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan aktiviti berkaitan Pelabur Berhemat.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<31

Sekolah Menengah
Pelabur Berhemat

Lampiran 5

Lakonan Pendek:
Tajuk: Skim Cepat Kaya
Pelakon: Seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang telah dilatih.
Skrip:
Isteri : Sudahkah abang simpan duit kita ke dalam akaun Tabung Haji?
Suami : Abang tak jadi simpan duit tu ke dalam akaun Tabung Haji sebab kawan abang

ajak masuk skim apa ke tu... bunyinya macam swiss roll je, tapi abang pun tak jelas
namanya. Khabarnya lebih cepat dapat untung.
Isteri : Eee.. kenapa abang cepat sangat percaya... saya dengar skim itu salah di sisi
undang-undang. Lebih baik abang ambil balik duit tu.
Suami : Ye ke…? Alamak... habislah duit kita. Mana boleh abang ambil balik.
Isteri : Saya tak kira, abang mesti ambil balik juga!

32<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah

TAJUK 7: PELABURAN, UNTUNG ATAU RUGI

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Objektif:
Tujuan aktiviti ini adalah bagi membantu pelajar
membuat keputusan sama ada pelaburan itu
menguntungkan atau merugikan. Pada akhir
pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1. Menyatakan kepentingan bekerja dalam

pasukan.
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya
tiga jenis pelaburan.
3. Mengira pulangan hasil daripada

pelaburan.
4. Membuat pilihan antara pelaburan

yang selamat.

Persediaan awal:
1. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan (lima pelajar dalam setiap kumpulan)
2. Guru menyediakan enam buah kotak kosong yang berisi dengan maklumat yang

berbeza.
3. Guru menyediakan pen marker, papan putih, hadiah untuk pemenang, soalan kuiz untuk

pusingan awal, jam randik dan loceng.

Set induksi/pengenalan:
1. Guru menerangkan kepada pelajar aktiviti yang akan dijalankan adalah berkaitan

dengan pendidikan kewangan.
2. Guru bertanya soalan kepada pelajar:
Jika anda mempunyai RM1000, apakah yang anda akan lakukan?
3. Guru menunjukkan slaid gambar bursa saham, bank, mata wang asing, bangunan,

rumah dan sebagainya.
4. Pelajar diminta mengaitkan wang tersebut dengan jenis pelaburan.

Aktiviti 1
Guru menerangkan cara pengiraan keuntungan bagi setiap pelaburan yang berikut
(Lampiran 1):
a. Membeli harta tanah
b. Membeli saham
c. Membeli saham amanah
d. Membeli mata wang asing
e. Melabur dalam Skim Cepat Kaya

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<33

Sekolah Menengah
Pelaburan, Untung atau Rugi

Aktiviti 2
Kuiz - pusingan kelayakan
1. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima pelajar.

Setiap kumpulan diberi wang permulaan sebanyak RM1000. Seorang pelajar dilantik
sebagai ketua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua pusingan di mana tiga
soalan disediakan untuk setiap pusingan.
2. Soalan ditujukan kepada setiap ketua kumpulan. Sekiranya ketua kumpulan berjaya
memberikan jawapan dengan betul dalam masa 30 saat, kumpulan tersebut akan diberi
wang sejumlah RM300. Sebaliknya, jika ketua kumpulan gagal menjawab soalan itu
dalam masa 20 saat, soalan itu akan dibuka kepada lain-lain ahli kumpulan. RM200 akan
diberikan kepada kumpulan tersebut jika ahlinya memberi jawapan betul. Jika masih
gagal, soalan akan dibuka kepada kumpulan 2 dan 3. Sekiranya kumpulan 2 atau 3
berjaya menjawab dengan betul dalam masa 10 saat, RM100 akan diberikan.
3. Prosedur yang sama diteruskan untuk kumpulan 2 dan 3.
4. Pusingan kedua dijalankan dengan cara yang sama seperti di atas.
5. Sila rujuk keenam-enam soalan tersebut di lampiran 2.
6. Dua kumpulan yang mengumpul jumlah wang terbanyak akan mengambil bahagian
dalam pusingan permainan Deal or No Deal

Pusingan Permainan Deal or No Deal
1. Guru memilih seorang juruacara, seorang jurubank dan enam orang pelajar untuk

memegang kotak bertuah.
2. Dua kumpulan yang layak ke pusingan ini dikehendaki memilih seorang wakil bagi setiap

kumpulan untuk memilih kotak bertuah (pelajar A dan B).
3. Juruacara mengumumkan wang yang akan dilaburkan oleh dua kumpulan tersebut iaitu

jumlah wang yang dikumpul dari pusingan kuiz kelayakan.
4. Pelajar A dikehendaki memilih salah satu daripada enam kotak bertuah.
(contohnya-kotak 5)
5. Jurubank menawarkan pembelian kotak tersebut dengan nilai harga RM200. Pelajar

perlu membuat keputusan sama ada untuk menjual atau tidak.
• Sekiranya, Ya, jurubank akan membeli kotak tersebut dengan harga yang ditawarkan.

Maka RM200 akan ditambah ke pelaburan asal.
• Jika Tidak, kotak tersebut akan dibuka dan isinya dibaca oleh juruacara. Penambahan

atau pengurangan wang pelaburan mereka bergantung kepada jenis pelaburan yang
dinyatakan dalam kotak tersebut.
6. Proses yang sama diulangi untuk kumpulan kedua oleh pelajar B.
7. Proses ini diulangi sehingga semua kotak dibuka (setiap kumpulan diberi peluang
membuka tiga kotak). Perbandingan pengumpulan dana dibuat untuk melihat kumpulan
mana yang mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi (pemenang).

34<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Pelaburan, Untung atau Rugi

Penutup:
1. Guru penasihat mengumumkan pemenang dan menyampaikan hadiah.
2. Guru meminta pelajar menyenaraikan jenis-jenis bentuk pelaburan.
3. Pelajar memberi pendapat pilihan terbaik tentang jenis-jenis pelaburan.
4. Guru menasihati pelajar agar berhati-hati dan bijak merancang pelaburan yang hendak

dibuat.

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Tengah, Kuala Lumpur, 20 - 22 Mei 2007

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<35

Sekolah Menengah
Pelaburan, Untung atau Rugi

Lampiran 1

Soalan Pengiraan oleh Guru
1. Membeli harta tanah
Suzy membeli sebuah rumah pada tahun 2000 dengan harga RM100,000 secara tunai.

Pada tahun 2007, dia menjual rumah tersebut dengan harga RM135,000. Hitungkan
jumlah keuntungan jualan tersebut.
(Jawapan: Untung RM35,000)
2. Membeli saham
Bernard Chan membeli 1200 unit saham Syarikat Moir Berhad dengan harga RM0.68
seunit. Tiga bulan berikutnya beliau menjual semua saham tersebut dengan harga
RM0.55 seunit. Hitungkan jumlah pulangan pelaburannya.
(Jawapan: Rugi RM156)
3. Membeli saham amanah
Puan Salmiah membeli 1,000 unit Amanah Saham Nasional pada harga RM0.63 seunit.
Selepas 5 tahun, beliau menjual semua unit itu pada harga RM0.98 seunit. Hitungkan
jumlah pulangan pelaburan beliau.
(Jawapan: Untung RM350)
4. Membeli mata wang asing
Arjun menggunakan RM3,400 untuk membeli mata wang Pound Sterling. Kadar
pertukaran Ringgit Malaysia dan Pound Sterling ialah £1.00=RM6.80. Enam bulan
berikutnya, Arjun telah menjual semua mata wang tersebut pada kadar pertukaran
£1.00=RM7.20. Hitungkan jumlah pulangan pelaburan beliau.
(Jawapan: Untung RM200)
5. Skim Cepat Kaya
Guru hanya menerangkan risiko melabur dalam Skim Cepat Kaya iaitu tidak selamat dan
tidak terjamin. Guru mengingatkan ahli kelab agar tidak terpedaya dengan pelaburan ini.

36<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Pelaburan, Untung atau Rugi

Lampiran 2

Soalan Kuiz Kelayakan
Pusingan 1
1. Apakah yang diperlukan untuk membuat pengeluaran daripada mesin ATM?
(Jawapan: Kad ATM, nombor pin dan wang simpanan dalam akaun)
2. Lengkapkan pernyataan berikut:
Faedah atau pulangan yang diberikan oleh bank kepada penyimpan merupakan…
(Jawapan: wang lebih yang diberi atas wang simpanan anda)
3. Lengkapkan pernyataan berikut:
Jumlah deposit dan pengeluaran akaun simpanan adalah…
(Jawapan: bersamaan dengan baki akaun anda)
Pusingan 2
1. Anda diberi USD100.00. Harga sebuah buku cerita ialah RM10.00. Jika kadar pertukaran

ialah USD1.00 = RM3.80, berapakah bilangan buku cerita yang boleh diperoleh?
(Jawapan: 38 buah)
2. Anda diberi RM25.00. Harga sebuah buku cerita ialah ¥250. Jika kadar pertukaran ialah

¥100 = RM0.20, hitungkan bilangan buku cerita yang boleh anda beli.
(Jawapan: 10 buah)
3. Anda diberi 1,000 Riyal. Sebuah buku cerita berharga RM15.00. Jika kadar pertukaran

ialah 100 Riyal = RM90.00 berapakah bilangan buku cerita yang boleh diperoleh?
(Jawapan: 60 buah)

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<37

Sekolah Menengah KOTAK 2
Pelaburan, Untung atau Rugi
Beli Amanah Saham
Lampiran 3 Nasional pada harga
RM0.60 seunit dan
Soalan Permainan Deal or No Deal menjualnya semula
dengan harga RM0.50
KOTAK 1 seunit.

Beli saham dengan
harga RM0.40 seunit
dan menjualnya
semula dengan harga
RM0.65 seunit.

KOTAK 3 KOTAK 4

Beli mata wang Beli saham dengan
Singapura pada kadar harga RM2.00 seunit
pertukaran S$1.00 = dan menjualnya
RM2.50 dan menjual semula dengan harga
semuanya pada kadar RM1.80 seunit.
S$1.00 = RM3.00.

KOTAK 5 KOTAK 6

Beli Amanah Saham Beli mata wang Yen
Bumiputera dengan Jepun pada kadar
harga RM1.00 seunit RM1.00 = ¥2.90 dan
dan menjualnya menjualnya pada
semula dengan harga kadar RM1.00 = ¥2.80
RM1.20 seunit.

38<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah

TAJUK 8: KENALI MATA WANG ASING

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 jam 30 minit

Objektif:
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 istilah

berkaitan kewangan.
2. Menghitung nilai pertukaran mata wang asing.
3. Mengenali sekurang-kurangnya 10 mata wang

negara asing.
4. Mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli

kumpulan.

Persediaan awal:
1. Guru perlu berbincang dengan AJK (Marshal)

seminggu sebelum permainan dijalankan.
2. Perbincangan tersebut berkisar tentang perjalanan permainan.
Contohnya menentukan stesen yang sesuai dan arahan-arahan yang berkaitan.
3. Guru perlu menyediakan teka silang kata yang sesuai (sila rujuk lampiran 1).
4. Guru dan AJK menyediakan bahan seperti yang berikut:-

• Sampul surat warna.
• Pensil, pen dan pen marker.
• Soalan-soalan Money Race.
• Kertas A4 sebanyak 30 keping.
• Keratan akhbar.

5. Penilaian pemenang berdasarkan perkara yang berikut:

• Jawapan yang tepat.
• Masa terpantas.
• Patuh pada arahan.

6. AJK menyediakan hadiah yang sesuai.

Set induksi/pengenalan:
Guru hendaklah menerangkan kepada pelajar aktiviti yang akan dijalankan ialah berkaitan
dengan pendidikan kewangan.

Guru bertanya soalan kepada pelajar:
1. Pernahkah anda ke luar negara dan apakah mata wang yang digunakan di negara

tersebut?
2. Adakah pelajar pernah menonton rancangan explorace atau pernah melengkapkan teka

silang kata di akhbar?

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<39

Sekolah Menengah
Kenali Mata Wang Asing

Aktiviti 1:
1. Pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing (bergantung kepada

bilangan ahli) dan melantik seorang ketua kumpulan.
2. Lengkapkan teka silang kata berdasarkan lampiran 1.
Aktiviti 2:
1. Edarkan sampul surat arahan kepada ketua kumpulan.
2. Marshal mengambil tempat masing-masing.
3. Mulakan aktiviti berdasarkan lampiran 2.
Penutup:
1. Akhiri sesi dengan mengumumkan pemenang dan sesi penyampaian hadiah.
2. Guru memberitahu pelajar tentang pengetahuan yang diperoleh daripada jawapan teka

silang kata.
3. Guru membuat kesimpulan bahawa pelajar mengenali mata wang asing dan peka

dengan pertukaran mata wang asing.

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Selatan, Negeri Sembilan, 7 - 9 Mei 2007

40<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Teka Silang Kata 2 Sekolah Menengah
1 Kenali Mata Wang Asing

4 Lampiran 1

8 3
5
6
7

9
10

11

MELINTANG
1. Menanam modal
4. Mata wang negara Jepun
5. Gabungan negara Inggeris
7. Tempat pelajar pengajian tinggi memohon bantuan pendidikan
8. Dagang
9. Idea
10. Tunggal
11. Syarikat perniagaan kerajaan

MENEGAK
1. Salah satu bank tempatan terbesar di Malaysia
2. Selesai sudah hutang
3. Ilmu tentang hasil dan belanja
6. Bekerja untuk ini
7. Duit syiling India dan Pakistan

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<41

Sekolah Menengah
Kenali Mata Wang Asing

Jawapan Teka Silang Kata

1M E 2 L A B U R

AA 3

4 E N E
5U K
Y

BG 6 O

U

A S 7 T PTN

P

8N I A G A A O

K I 9I L H A M

10 A I

S

11 H A Z A N A H

K

42<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah
Kenali Mata Wang Asing

Lampiran 2

Bahagian permulaan

Sampul surat:

Arahan:
1. Sediakan kalkulator.
2. Pergi ke Stesen 1

Stesen 1
Notis:

Rujuk surat khabar bagi mendapatkan kadar pertukaran mata wang asing.

Sampul surat:

Ahmad melancong ke Padang, Indonesia. Beliau membeli kain songket berharga 5 juta
rupiah. Berapakah harga kain tersebut dalam Ringgit Malaysia?
Jawapan: ____________________
Setelah selesai menjawab, terus ke Stesen 2.

Stesen 2
Sampul surat:

Anda telah menyimpan wang dalam simpanan tetap di bank selama satu tahun.
Faedah yang diterima pada akhir tahun 2007 adalah sebanyak RM500 dengan kadar
faedah 5%. Berapakah jumlah simpanan pada awal tahun 2007?

Jawapan: ____________________

Setelah selesai menjawab, terus ke Stesen 3.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<43

Sekolah Menengah
Kenali Mata Wang Asing

Stesen 3
Sampul surat:

Lengkapkan jadual berikut:

Bil. Negara Mata Wang

1. Yen

2. Singapura

3. Indonesia

4. Rupee

5. Filipina

6. Bath

7. Brunei

8. Vietnam

9. Yuen

10. Rusia

Setelah lengkap, bawa semua jawapan ke garisan penamat untuk dinilai.

44<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS

Sekolah Menengah

TAJUK 9: MENCARI PENGURUS KEWANGAN BIJAK
(FINANCE RACE)

Peruntukan masa:
Aktiviti ini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Objektif
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan
dapat :
1. Mengira jumlah pelaburan yang diperoleh

dengan tepat.
2. Mengira baki bawa ke bawah (b/b) dalam

Buku Wang Saku dengan tepat.
3. Mengaplikasikan Buku Wang Saku.
4. Mengagihkan pendapatan bulanan secara

berhemat.

Persediaan awal:
1. Guru perlu berbincang dengan AJK

Pelaksana seminggu sebelum aktiviti
dijalankan.
2. Kedudukan keempat-empat ‘check point’
ditentukan di sekitar kawasan sekolah.
3. AJK Pelaksana menyediakan semua
soalan untuk setiap check point (sila rujuk
lampiran 1 hingga 4).
4. Penilaian pemenang berdasarkan:
i. Masa terpantas
ii. Patuh pada arahan
5. AJK Pelaksana menyediakan hadiah pemenang dan sijil penyertaan.
6. AJK pelaksana menyediakan keperluan aktiviti:
i. Alat tulis
ii. Kalkulator
iii. ‘Stop watch’
iv. Kertas A4 sebanyak 50 keping

Set induksi/pengenalan:
1. Guru menayangkan klip video rancangan Explorace selama lima minit.
2. Guru bertanya pelajar:
i. Apakah nama rancangan yang ditayangkan?
ii. Adakah anda tahu cara rancangan ini dilaksanakan?
iii. Adakah anda berminat untuk menyertai rancangan sedemikian?
3. Seterusnya, guru menerangkan aktiviti Finance Race yang akan dijalankan.

Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS<45

Sekolah Menengah
Mencari Pengurus Kewangan Bijak

Aktiviti:
Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan dianggotai oleh ahli kelab
daripada pelbagai tingkatan. Ketua kumpulan akan dilantik oleh ahli kumpulan masing-
masing.

Stesen 1
Ketua kumpulan mengambil sampul surat yang mengandungi soalan 1 daripada AJK
Pelaksana. Setelah kumpulan menyelesaikan tugasan 1, ketua kumpulan memberi jawapan
kepada AJK Pelaksana. Jika jawapan kumpulan itu betul, AJK Pelaksana akan mengarahkan
kumpulan bergerak ke check point 2, jika jawapan kumpulan salah, kumpulan akan diberi
peluang untuk membetulkan jawapan sehingga tepat.

Stesen 2
Ketua kumpulan seterusnya mengambil sampul surat yang mengandungi soalan 2 dan
menyelesaikannya dalam kumpulan. Jika jawapan kumpulan itu betul, AJK Pelaksana
akan mengarahkan kumpulan bergerak ke check point 3, jika jawapan kumpulan salah,
kumpulan akan diberi peluang untuk membetulkan jawapan sehingga tepat.

Stesen 3
Ketua kumpulan seterusnya mengambil sampul surat yang mengandungi soalan 3 dan
menyelesaikannya dalam kumpulan. Jika jawapan kumpulan itu betul, AJK Pelaksana
akan mengarahkan kumpulan bergerak ke check point 4, jika jawapan kumpulan salah,
kumpulan akan diberi peluang untuk membetulkan jawapan sehingga tepat.

Stesen 4
Ketua kumpulan seterusnya mengambil sampul surat yang mengandungi soalan 4 dan
menyelesaikannya dalam kumpulan. Jika jawapan kumpulan itu betul, AJK Pelaksana akan
mengisytiharkan kumpulan tersebut sebagai pemenang tempat pertama dan seterusnya.

Penutup:
Guru penasihat mengumumkan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat
pertama, kedua dan ketiga. Guru penasihat membuat rumusan dan menerangkan nilai-nilai
murni yang terdapat dalam aktiviti ini.

Disediakan oleh:
Guru yang menghadiri Bengkel Guru Penasihat Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,
Zon Malaysia Timur, Sarawak, 27 - 29 Mei 2007

46<Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran KKPS


Click to View FlipBook Version