The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahiah, 2018-04-07 16:37:45

Program Bulan Dakwah KPM 2018

Program Bulan Dakwah KPM 2018

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM Tahun 2018

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BULAN DAKWAH
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018
1. PENDAHULUAN

Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
suatu program yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh sekolah-sekolah di bawah
kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan aktiviti dakwah dapat
dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan berkesan. Setiap sekolah berhak memilih
mana-mana bulan bermula Januari hingga Ogos 2018 bagi melaksanakan aktiviti
Program Bulan Dakwah di peringkat sekolah masing-masing.

2. MATLAMAT

Menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah dengan menggunapakai kaedah
serta pendekatan yang bersesuaian agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam
dapat diaplikasikan di dalam diri setiap warga sekolah melibatkan semua pelajar,
pendidik dan kakitangan sekolah yang beragama Islam.

3. TEMPOH PELAKSANAAN

Setiap sekolah dikehendaki melaksanakan minimum EMPAT aktiviti Program Bulan
Dakwah dalam tempoh lapan bulan bermula dari 4 Januari sehingga 30 Ogos 2018.

4. TEMPAT

Dicadangkan pelaksanaan Program Bulan Dakwah agar dapat dilaksanakan di dalam
premis sekolah masing-masing atau di tempat lain yang dirasakan sesuai berdasarkan
kesesuaian masa, jenis aktiviti dan kewangan sekolah.

5. SASARAN

Semua warga sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian
Pendidikan Malaysia merangkumi:
5.1 Murid-murid beragama Islam
5.2 Guru-guru beragama Islam
5.3 Kakitangan sekolah beragama Islam

2

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM Tahun 2018

6. STRATEGI PENGURUSAN

6.1 Peringkat KPM:

6.1.1 Memaklumkan pelaksanaan Program Bulan Dakwah (PBD) Sekolah-
sekolah KPM melalui surat makluman yang dikeluarkan kepada setiap
JPN bagi tujuan disebarluaskan pelaksanaannya di peringkat PPD dan
sekolah.

6.1.2 Melakukan pemantauan secara berkala di sekolah-sekolah KPM.

6.2 Peringkat JPN/PPD:

6.2.1 Pihak JPN menghebahkan pelaksanaan Program Bulan Dakwah ke
setiap PPD, manakala PPD pula menghebahkannya kepada pihak
sekolah melalui surat makluman yang telah dikeluarkan.

6.2.2 Pihak PPD menghantar pelaporan dan rumusan pelaksanaan
menggunakan borang di Lampiran A2 dalam bentuk salinan digital /
softcopy (format word) ke Sektor Pendidikan Islam JPN sebelum atau
pada 31 Oktober 2018, manakala Sektor Pendidikan Islam JPN
menghantar pelaporan tersebut menggunakan borang yang sama ke
Bahagian Pendidikan Islam KPM sebelum atau pada 20 November
2018.

7. STRATEGI PELAKSANAAN/PENGURUSAN DI PERINGKAT SEKOLAH

7.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah yang
bertanggungjawab bagi melaksanakan perkara-perkara berikut:
7.1.1 mengenal pasti sekurang-kurangnya EMPAT aktiviti Program Bulan
Dakwah berpandukan kepada tajuk-tajuk semasa yang telah ditetapkan
oleh pihak KPM untuk dilaksanakan di peringkat sekolah,
7.1.2 menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah,
7.1.3 memasukkan aktiviti Program Bulan Dakwah ke dalam takwim sekolah,
7.1.4 menyelaras jadual dan agihan tugasan guru, dan
7.1.5 memastikan penglibatan guru dan murid secara menyeluruh.

7.2 Merangka pelaksanaan Majlis Pelancaran Program Bulan Dakwah Sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2018.

7.3 Merangka pelaksanaan aktiviti-aktiviti Program Bulan Dakwah yang diatur
berdasarkan kepada kesesuaian masa, tempat dan kewangan sekolah.
3

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM Tahun 2018

7.4 Mengadakan Mesyuarat Post Mortem bagi mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan serta cadangan penambahbaikan selepas tamat pelaksanaan semua
aktiviti Program Bulan Dakwah.

7.5 Pihak sekolah menghantar pelaporan Program Bulan Dakwah dalam bentuk
salinan digital / softcopy (format word) ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
menggunakan borang yang disediakan di Lampiran A1 sebelum atau pada tarikh
30 September 2018. Borang Pelaporan Program Bulan Dakwah 2018 boleh
dimuat turun dari laman sesawang http://bulandakwah.blogspot.my.

8. Cadangan Tajuk Aktiviti

Bagi tahun 2018, pelaksanaan aktiviti Program Bulan Dakwah akan menggunapakai
tajuk-tajuk yang lepas (Program Bulan Dakwah 2014-2017). Sila buka laman sesawang
http://bulandakwah.blogspot.my untuk rujukan. Berikut adalah cadangan tajuk aktiviti
Program Bulan Dakwah peringkat sekolah bagi tahun 2018:

1. Al-Quran di Hatiku
2. Ancaman Akidah Islam
3. Bijak Tajwid
4. Bumiku Bersih Anugerah Tuhan
5. Cakna Palestin
6. Cinta Rasul
7. Daie Internet
8. Dakwah Kreatif : Infografik Dakwah
9. Dakwah Kreatif : You Tube Dakwah
10. Daurah Hadith
11. Frekuensi Iman
12. Geng Masjid
13. Hayya Bil Arabiah
14. Hujjatul Islam Junior (debat)
15. Ibadah Survival
16. Indahnya Hidup Sebagai Muslim
17. Jom Cegah Maksiat
18. Jom Solat
19. Kalam Daie Junior (pidato)
20. Kempen “Tutupi Auratmu Dengan Sempurna”
21. Kempen Jom Hafaz al-Sajdah : 1 Hari 1 Ayat
22. Kempen Smart Salam : Senyum, Salam, Sapa

4

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM Tahun 2018

23. Kempen Tak Nak Buli
24. Kempen Tak Nak Couple
25. Kempen Tak Nak Ikhtilat
26. Khatib Muda (khutbah)
27. Kuliah Tiga Minit (KULTIM)
28. Mahsyar Time Capsule
29. Modest Hijab
30. Panggilan Tanah Haram
31. Pendakwah Cilik
32. Radio Islami
33. Sebutir Benih di Akhirat
34. Semarak Jawi
35. Sesuci Srikandi
36. Spell It Right In Arabic
37. Street Dakwah
38. Syurga Milik Kita
39. Takaful vs Insurans
40. Who Wants To Be An Ulama (kuiz)

9. CARTA PERBATUAN PROGRAM

(Rujuk Lampiran B)

10. KESIMPULAN

Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM perlu dilaksanakan dan dirangka sebaik
mungkin bagi memastikan penerapan nilai-nilai Islam yang sebenar yang berkaitan
dengan akhlak mulia, kemahiran berunsur Islami dan kehidupan berlandaskan ajaran
Islam dapat diterapkan dalam kalangan para pelajar, warga pendidik dan kakitangan
sekolah KPM.

Pengabaian terhadap program seperti ini dikhuatiri mendorong masyarakat pelajar
khususnya untuk condong kepada gejala-gejala yang negatif serta jahil dalam menilai
suatu cara kehidupan yang berlandaskan kepada syarak.

Disediakan oleh:

Unit Dakwah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tarikh : 19 Disember 2017

5

LAMPIRAN A1

LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

(Untuk diisi oleh pihak sekolah)

Nama Sekolah :

Alamat Sekolah :

No. Telefon : Tajuk Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

Bil. 1.
1. 2.
2. 3.
3. 4.
4.

Kekuatan:

Kelemahan: 1.
2.
3.
4.

Cadangan 1.
Penambahbaikan: 2.
3.
4.

Disediakan oleh,

Nama :

Jawatan :

No. telefon :

 Sekiranya senarai laporan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan tidak muat, sila lampirkannya pada helaian tambahan.
 Penghantaran pelaporan pada borang di Lampiran A1 hendaklah dihantar dalam bentuk salinan digital / softcopy (format word)

ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum atau pada tarikh 30 September 2018.

1

LAMPIRAN A2

LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

(Untuk diisi oleh pihak PPD/JPN)

PPD / JPN :

Nama Penyelia / Pegawai :

No. Telefon :

Bil. Tajuk Aktiviti Bilangan Sekolah yang
Melaksanakan
1 Al-Quran di Hatiku
2 Ancaman Akidah Islam
3 Bijak Tajwid
4 Bumiku Bersih Anugerah Tuhan
5 Cakna Palestin
6 Cinta Rasul
7 Daie Internet
8 Dakwah Kreatif : Infografik Dakwah
9 Dakwah Kreatif : You Tube Dakwah
10 Daurah Hadith
11 Frekuensi Iman
12 Geng Masjid
13 Hayya Bil Arabiah
14 Hujjatul Islam Junior (debat)
15 Ibadah Survival
16 Indahnya Hidup Sebagai Muslim
17 Jom Cegah Maksiat
18 Jom Solat
19 Kalam Daie Junior (pidato)
20 Kempen “Tutupi Auratmu Dengan Sempurna”
21 Kempen Jom Hafaz al-Sajdah : 1 Hari 1 Ayat
22 Kempen Smart Salam : Senyum, Salam, Sapa
23 Kempen Tak Nak Buli
24 Kempen Tak Nak Couple
25 Kempen Tak Nak Ikhtilat
26 Khatib Muda (khutbah)
27 Kuliah Tiga Minit (KULTIM)

1

Bil. Tajuk Aktiviti Bilangan Sekolah yang
Melaksanakan
28 Mahsyar Time Capsule
29 Modest Hijab
30 Panggilan Tanah Haram
31 Pendakwah Cilik
32 Radio Islami
33 Sebutir Benih di Akhirat
34 Semarak Jawi
35 Sesuci Srikandi
36 Spell It Right In Arabic
37 Street Dakwah
38 Syurga Milik Kita
39 Takaful vs Insurans
40 Who Wants To Be An Ulama (kuiz)

Kekuatan: 1.
2.
3.
4.

Kelemahan: 1.
2.
3.
4.

Cadangan 1.
Penambahbaikan: 2.
3.
4.

Jumlah bilangan sekolah yang melaksanakan Program Bulan Dakwah: / sekolah.
Peratus bilangan sekolah yang melaksanakan Program Bulan Dakwah: %.

 Sekiranya senarai laporan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan tidak muat, sila lampirkannya pada helaian tambahan.

 Penghantaran pelaporan pada borang di Lampiran A2 oleh pihak PPD hendaklah dihantar dalam bentuk salinan digital / softcopy
(format word) ke JPN masing-masing sebelum atau pada tarikh 31 Oktober 2018. Manakala pihak JPN hendaklah menyerahkan
analisis pelaporan tersebut kepada En. Nooraziz bin Mudakir melalui e-mel: [email protected] sebelum atau pada tarikh
20 November 2018.

2

LAMPIRAN B

CARTA PERBATUAN
PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2018

Bil. Aktiviti Dis Jan – Ogos Sept Okt Nov Dis
2017 2018 2018 2018 2018 2018

Edaran Surat 20 – 31
Disember
1. Makluman ke JPN,
PPD dan sekolah- 2017

sekolah KPM

Pelaksanaan 4 Januari – 30 Ogos
2018
2. Program Bulan
Dakwah peringkat

sekolah 2018

Penghantaran 1 – 30
September
3. Pelaporan ke Unit
Pendidikan Islam, 2018

PPD

Penghantaran 1 – 31
Oktober
4. Pelaporan ke
Sektor Pendidikan 2018

Islam, JPN 1 – 20
November
Penghantaran
Pelaporan ke 2018
5. Bahagian
Pendidikan Islam,
KPM

6. Pembentangan 1
Pelaporan Disember

2018

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hendaklah menghantar analisis laporan yang diserahkan oleh pihak PPD kepada En.
Nooraziz bin Mudakir melalui e-mel: [email protected] sebelum atau pada tarikh 20 November 2018.

1


Click to View FlipBook Version