The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER PUTRA, 2020-12-16 04:08:18

Nak Kawan, Boleh

Nak Kawan, Boleh

Oleh:
Elysh Qistina Binti Mohd Zaki

certot@elyshqistina 1

Hai, nama saya Fasha Adlina binti Dato’ Arif. Sebelum ini
saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tun Fatimah. Selamat
berkenalan. Kedengaran beberapa orang berbisik-bisik.

“Awak boleh duduk di sebelah Rana yang dihujung sana
tu”. Kata Cikgu Ramlee sambil menunding jari ke arah murid
perempuan yang bernama Rana itu.

certot@elyshqistina 2

Memang patut dia duduk disitu kerana itu sahaja tempat
kosong yang ada. Dia terus menuju ke meja kosong itu. Rana
terus memperkenalkan dirinya kepada Fasya. “Hai, nama saya
Rana Farinha binti Mohd Fazli. Selamat berkenalan”, kata murid
perempuan yang berambut pendek itu. “Hurm”. Itu sahaja yang
keluar dari mulut Fasya.

certot@elyshqistina 3

Semasa rehat, Rana menegur Fasha, “ Boleh saya rehat
bersama awak?” Fasha tidak berkata apa-apa dan dia terus pergi
meninggalkan Rana keseorangan. Rana berasa sangat sedih.

Sewaktu pulang dari sekolah, dia tidak berani lagi menegur
Fasha. Sedang dia berjalan, dia melihat Fasha melintas jalan raya
sambil ligat bermain telefon bimbitnya. Tiba-tiba terjadi sesuatu
yang tidak diingini. Fasha dilanggar motosikal dan terus pengsan.

certot@elyshqistina 4

Rana lantas berlari ke arah Fasha. Rana tidak dapat
berkata apa-apa. Kepala Fasha berdarah begitu juga lututnya.
Rana lantas meminta pertolongan orang yang berada disitu.

Akhirnya Fasha dikejarkan ke Hospital Besar Sri Bangsar.
Rana berasa sangat lega. Dia masuk ke bilik yang diduduki oleh
Fasha. Fasha tersenyum apabila melihat Rana datang
melawatnya.

certot@elyshqistina 5

Lantas Fasha memulakan bicaranya “Maaf kerana
saya tidak melayan awak dengan baik selama ini”. “Tak
mengapa, yang penting awak dah selamat sekarang.
Lagipun, saya ikhlas nak tolong awak”. Kata Rana sambil
tersenyum. “ Fasha, nak kawan boleh?” tanya Rana tersipu
malu. “Mestilah boleh. Awaklah kawan baik saya
selamanya.” Kata Fasha. Rana berasa gembira lantas
memeluk Fasha. Fasha membalas pelukan itu.

Sejak itu, Fasha tidak sombong lagi dan mendapat
ramai kawan baharu.

certot@elyshqistina 6

Tamat 7

certot@elyshqistina


Click to View FlipBook Version