The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BILANGAN 3 TAHUN 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ailing2812, 2019-07-05 03:49:02

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 3/2019

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BILANGAN 3 TAHUN 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SMK MATANG
BIL. 3 TAHUN 2019

Tarikh : 27 JUN 2019
Hari : KHAMIS
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Matang

Hadir

1. Pengetua SMK Matang - Pengerusi
(En. Zainal bin Umar)

2. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(En. Mohamad Rizal bin Abdul Rahim)

3. Setiausaha Kurikulum, Setiausaha Headcount, Ketua Panitia Pendidikan Muzik
(Pn. Tan Ai Ling)

4. Guru Kanan Bahasa, Setiausaha Pencerapan
(En. Mohd Asri bin Daud)

5. Guru Kanan Vokasional Dan Teknik
(Pn. Nor Hanim binti Abdul Aziz)

6. Guru Kanan Sains Dan Matematik
(En. Muhamad Fedli bin Zakaria)

7. Guru Kanan Kemanusiaan, Ketua Panitia Biologi
(Cik Halimaton binti Abdul Hamid)

8. Guru Media
(En. Nazwakifly bin Bakar)

9. Setiausaha Jadual Waktu
(En Thuneshwaran a/l Gunasegaran)

10. Setiausaha Peperiksaan Dalaman
(Pn. Vijayaranni a/p Ragavan)

11. Setiausaha Peperiksaan Awam (SPM)
(Cik Norshazwani binti Mohd Shaharom)

12. Setiausaha Peperiksaan Awam (PT3)
(Pn. Mandy Chin Wei Seen)

13. Setiausaha Pemulihan, Penyelaras Tingkatan 3, Guru Bimbingan Dan Kaunseling
(Pn. Azlin binti Kamallulariffin)

14. Ketua Panitia Bahasa Inggeris
(Cik Mandip Kaur a/p Guardial Singh)

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 1|27

15. Ketua Panitia Bahasa Cina
(Cik Beh Ai Ling)

16. Ketua Panitia Bahasa Tamil
(Pn. Karpagam a/p Kandasamy)

17. Ketua Panitia Matematik Tambahan
(Pn. Nursyaheeda binti Yusof)

18. Ketua Panitia Prinsip Perakaunan, Penyelaras Peralihan
(Pn. Lee Bee Kee)

19. Ketua Panitia Grafik Komunikasi Teknikal, Penyelaras Tingkatan 1
(Cik Farizah binti Sulaiman)

20. Ketua Panitia Rekacipta
(Pn. Wan Nor Azura binti Fauzi)

21. Ketua Panitia Sains Teras
(Pn. Rajakumari a/p Sinasamy)

22. Ketua Panitia Matematik
(En. Muhammad Hafriz bin Ishak)

23. Ketua Panitia Fizik
(Cik Chew Siau Huey)

24. Ketua Panitia Kimia
(Cik Wong Mei Leng)

25. Ketua Panitia Matematik
(En. Mohammad Hafriz bin Ishak)

26. Ketua Panitia Sejarah
(Pn. Mages a/p Venugopal)

27. Ketua Panitia Pendidikan Islam, Penyelaras Tingkatan 4
(Pn. Hjh. Hamimah binti Aziz)

28. Ketua Panitia Pendidikan Moral
(Pn. Ang Ai Kim)

29. Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
(En. Ahmad Noornizam bin Shamsudin)

30. Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
(Cik Puspavalli a/p Subramanian)

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 2|27

Tidak Hadir Bersebab 3|27
1. Penolong Kanan Pentadbiran

(Tn. Hj. Hasnul Hadi bin Abdul Thamin)

2. Penolong Kanan Kokurikulum
(En. Mohd Shariff bin Mohamed Noor)

3. Guru Data
(Pn. Mas Amira binti Ab Latib)

4. Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(Pn. Izati binti Adnan)

5. Guru Penyelaras Bestari, Ketua Panitia Asas Sains Komputer
(En. Mohammad Hafizul bin Haron)

6. Guru Bimbingan Dan Kaunseling
(En. Osman bin Mat Isa)

7. Ketua Panitia Bahasa Melayu
(Pn. Hasnah binti Jusoh)

8. Ketua Panitia Rekabentuk Teknologi
(Pn. Rasnah binti Mohamad)

9. Ketua Panitia Ekonomi
(En. Kamaruzaman bin Ahmad)

10. Ketua Panitia Geografi, Penyelaras Tingkatan 2
(Pn. Che Hakma Zaini binti Che Soh)

11. Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
(En. Mohammad Sofeanudden bin Abdul Rahman)

Turut hadir

1. Cik Soh Suan Hua
2. En. Norazmi bin Abd Azis
3. Pn. Low Mei Hoon
4. Pn. Tan Gaik Hoon
5. Pn. Sanisah binti Sarmun
6. En. Ahmadan bin Ghazali
7. Pn. Aida Azmawati binti Baharin
8. Pn Hasniza binti Hassan
9. En. Muhammad Fadzil bin Mahadi
10. En. Mat Fuzi bin Awang
11. Pn. Cik Azlina binti Othman

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-Aluan

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih
atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Pengerusi memohon semua guru agar memikul tanggungjawab
bersama dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk menangani
segala isu yang timbul demi memastikan sekolah kita berada di landasan
yang betul dan menuju ke arah kecemerlangan.

1.3 Dialog Prestasi Pelajar Tingkatan 501, 502 dan 503 bersama dengan
Pengetua telah berjaya dilaksanakan pada hari Selasa, bertarikh 25 Jun
2019. Setiap pelajar telah dibekalkan borang Pemantauan Prestasi
Murid (Headcount SPM 2019). Mereka dikehendaki melengkapkan
semua maklumat TOV, OTI, AR dan ETR. Borang tersebut perlu
diletakkan di atas meja masing-masing supaya mereka dapat
memantau dan peka terhadap perkembangan pencapaian setiap mata
pelajaran yang mereka ambil dalam SPM 2019.
Dialog Prestasi Pelajar Tingkatan 504 dan 505 bersama dengan
Pengetua akan dilaksanakan pada 3 Julai 2019 (Rabu).
Makluman

1.4 Hari Komunikasi akan diadakan pada 28 Jun 2019 (Jumaat), bermula
pada jam 10.00 pagi. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu
tindakan guru tingkatan:
1. Penyerahan 5 jenis Pelaporan Murid kepada ibu bapa / penjaga
a) Slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun
b) Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah
c) PAJSK
d) Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
e) Laporan SSDM (sekiranya ada)

Respon Pn. Azlin binti Kamallulariffin
Laporan PPsi hanya akan dikeluarkan pada hujung tahun, tetapi
sekiranya ibu bapa / penjaga ingin tahu, boleh menyemak
perkembangan anak-anak mereka melalui url yang beralamat
epkm.moe.gov.my dengan menggunakan nombor kad pengenalan
anak-anak mereka sebaga id login.

2. Senaraikan nama pelajar yang belum menjelaskan yuran PIBG dan
majalah.

3. Guru tingkatan diminta memberi maklumat mengenai pengurusan
finger print kepada ibu bapa / penjaga. Tunjukkan cara untuk install
sistem “Pepatih MySekolah” ke dalam telefon bimbit mereka
berpandukan Manual “Pepatih MySekolah” yang telah disediakan
oleh unit HEM. Seterusnya membantu mereka daftar dalam talian
sistem “Pepatih MySekolah”.
Tindakan : Semua Guru Tingkatan

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 4|27

1.5 Tuan pengerusi memaklumkan bahawa program-program yang lebih
berfokus ke arah kecemerlangan akademik akan dilaksanakan mulai
minggu ini demi membantu anak-anak murid kita yang bakal menduduki
peperiksaan SPM tahun 2019 mencapai kejayaan dalam SPM 2019.
Jadual di bawah adalah perincian mengenai Program-program
Kecemerlangan Akademik yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan
tarikh dan masa seperti yang berikut:

BIL PROGRAM Tarikh PELAKSANAAN
1 Teknik Menjawab Masa 28 Jun 2019 (Sabtu)
8.00 am – 1.00 pm
Soalan Matematik Sasaran Semua pelajar Tingkatan 4 & 5
Tambahan yang mengambil subjek Matematik
Penceramah Tambahan
2 Ceramah Motivasi Tarikh En. Abdul Razak b Yusof
SPM Masa 10 Julai 2019 (Rabu)
Sasaran
3 Kelas Tambahan 7.40 am
Selepas Waktu Penceramah Semua pelajar Tingkatan 5
Persekolahan 1. En. Muhamad Suffian b Yaakub
Tarikh 2. En. Chan Wai Keong
Masa Setiap hari (Isnin – Jumaat)
Sasaran 2.30 pm - 3.30 pm
Pengurus Semua pelajar Tingkatan 5

Cik Halimaton bt Abdul Hamid

Makluman

1.6 Ketua-ketua panitia diminta merancang Dialog Prestasi dan Post Mortem
bagi mata pelajaran kritikal. Dialog Prestasi dan Post Mortem perlu
melibatkan Pegawai SSO sekolah (School Support Officer) yang terdiri
daripada G8. Segala isu yang ditimbulkan akan dikemukakan oleh
pegawai SSO dalam Mesyuarat Pengurusan. Ketua panitia perlu
menyenaraikan nama murid mengikut mata pelajaran kritikal dan
merancang program intervensi mengikut kelompok kecil. Pastikan ada
peningkatan dicatatkan oleh murid yang menghadiri program. Di
samping itu, ketua panitia juga perlu merancang program untuk murid
yang disasarkan cemerlang juga.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

1.7 Data perlu digunakan untuk :
1. Tindakan susulan
2. Merangka strategi untuk mencapai sasaran dengan aktiviti yang
bersesuaian dengan calon semasa, bukan mengulangi aktiviti yang
telah dijalankan pada tahun lepas.
3. Lihat gap antara OTI dan AR.
Tuan pengerusi berharap semua guru dapat membudayakan
pengurusan data dalam meningkatkan pencapaian sekolah.
Tindakan : Semua Guru

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 5|27

1.8 Semua guru perlu merancang dan melaksanakan program intervensi
yang lebih berfokus. Penggunaan latihan dari negeri-negeri lain dan
modul-modul yang dibekalkan oleh JPN dan PPD adalah digalakkan.
Guru-guru perlu mengaplikasikan pengajaran berbeza berdasarkan
perbezaan individu setiap pelajar dalam pembelajaran. Guru-guru perlu
membimbing pelajar agar mereka boleh menyusun atur strategi dan
memilih kaedah pembelajaran yang berkesan untuk menghadapi
peperiksaan.
Tindakan : Semua Guru

1.9 Pelaksanaan program intervensi mesti menepati sasaran yang berfokus:
1. Who (siapa)
2. What (apa) tindakan yang perlu dibuat
3. What do we need (apakah keperluan yang diperlukan)
Tuan pengerusi memohon semua guru agar jangan buat program
intervensi atas kertas sahaja, biar setiap tindakan yang diambil betul-
betul memberi impak kepada pelajar, realistik dan berkesan.
Tindakan : Semua Guru

1.10 Akademik adalah teras kita. Faktor tidak mencapai sasaran yang
ditetapkan adalah kerana PdPc guru masih belum mencapai standard
yang ditetapkan di mana PdPc masih berada di tahap sederhana.
Semua guru harus sedar bahawa proses PdPc memberi kesan kepada
kualiti pelajar. Peranan dan komitmen guru amat diperlukan. Kualiti
guru merupakan faktor penentu keberhasilan murid. Semua guru harus
berganding bahu meningkatkan kualiti PdPc. Perancangan PdPc guru
harus memberi impak kepada pembelajaran pelajar.

Tindakan : Semua Guru

1.11 Semua guru subjek PT3 dan SPM diminta memastikan kerja kursus PT3
dan SPM telah dilaksanakan dengan sempurna. Jadikan peristiwa
lampau sebagai satu pengajaran agar ia tidak berulang lagi pada tahun-
tahun seterusnya. Guru subjek berkenaan harus merancang dan
menyediakan jadual kepong agar pelajar yang bermasalah ini dapat
dikepong dan menyiapkan kerja kursus mereka berdasarkan jangka
masa yang telah ditetapkan.

Tindakan : Semua Guru Subjek Yang Berkenaan

1.12 Jadual waktu baru telah dirombak semula dan akan diguna pakai mulai
1 Julai 2019.
Makluman

1.13 Ko-Akademik adalah sokongan kepada aktiviti PdPc. Dukacitanya
penyertaan pelajar dalam ko-akademik adalah kurang memuaskan.
Penglibatan pelajar dalam ko-akademik perlu digalakkan sebab ia
merupakan pembelajaran di luar bilik darjah dan memberi pengukuhan

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 6|27

kepada pembelajaran, kefahaman dan kematangan pelajar di samping
mencetuskan idea-idea pelajar. Guru-guru diminta memberi perhatian
dan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk mempertingkatkan
penyertaan pelajar dalam aktiviti ko-akademik pada masa akan datang.
Sila rujuk senarai pertandingan dan guru yang bertanggungjawab dalam
Buku Pengurusan dan Pentadbiran 2019.

Tindakan : Semua Guru

1.14 Tuan pengerusi menyuarakan kekecewaan beliau berdasarkan
pemantauan keberadaan guru dalam kelas. Hasil pemantauan beliau
didapati:
1. Guru lewat dan tidak masuk kelas
2. Kelas tidak terurus dan kelam kabut
3. Murid hadir ke sekolah tanpa dapat ilmu

Buku Pergerakan Kelas akan diwujudkan semula bagi memantau
keberadaan guru dalam kelas di samping memastikan pergerakan
pelajar dapat diurus dengan lebih teratur. Buku berkenaan adalah
eviden sekolah untuk memantau kes ponteng kelas. Semua guru harus
menjaga integriti masing-masing dan memikul tanggungjawab bersama
untuk mengatasi masalah ketidakhadiran dan kes ponteng kelas.

Tindakan : Semua Guru

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil. 2 Tahun 2019, bertarikh 11 April
2019 di Bilik Mesyuarat SMK Matang disahkan tanpa pindaan. Minit mesyuarat ini
dicadangkan untuk pengesahan oleh Pn. Nor Hanim binti Abdul Aziz dan disokong
oleh Pn. Azlin binti Kamallulariffin.

Makluman

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara dibangkitkan.

IV. TAKLIMAT DAN LAPORAN

2. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5

Tuan pengerusi meluahkan perasaan bimbang terhadap pencapaian
Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 tahun 2019. Beliau memohon
semua guru yang terlibat mengambil tindakan pembetulan dan penambaikan
yang sewajarnya agar sasaran SPM 2019 yang telah ditetapkan dapat
direalisasikan.

Berikut adalah analisis data pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun
2019.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 7|27

2.1 Data Headcount SPM 2018 (Keseluruhan)
2.2 Pencapaian Sekolah Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 8|27

2.3 Perbandingan Bilangan Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 9|27

2.4 Perbandingan Peratus Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

2.5 Pencapaian Mata Pelajaran Wajib Lulus

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 10 | 2 7

2.6 Analisis Pelunjuran Peratus Lulus Peperiksaan Pertengahan Tahun
2019

2.7 Pencapaian Mata Pelajaran Teras

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 11 | 2 7

2.8 Pencapaian Mata Pelajaran Elektif

2.9 Analisis Near Miss

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 12 | 2 7

2.10 Pencapaian Calon-calon Cemerlang
2.11 Pencapaian Calon-calon Lulus Semua Subjek

2.12 Pencapaian Calon-calon Near Miss Lulus Semua Subjek 13 | 2 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019

2.13 Post Mortem dan Program-program Intervensi Mengikut Panitia Mata
Pelajaran

Jadual di atas merupakan Senarai Semak Penerimaan Pelaporan Post Mortem
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019. Tuan pengerusi meminta panitia yang
belum hantar agar bertindak segera.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 14 | 2 7

3. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 Tahun 2019
3.1 Pencapaian Tingkatan 4 Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

3.2 Analisis Pelunjuran Peratus Lulus Peperiksaan Pertengahan Tahun
2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 15 | 2 7

3.3 Perbandingan Bilangan Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

3.4 Perbandingan Peratus Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 16 | 2 7

3.5 Analisis Near Miss Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

4. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3 Tahun 2019
4.1 Pencapaian Tingkatan 3 Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 17 | 2 7

4.2 Perbandingan Bilangan Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

4.3 Perbandingan Peratus Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 18 | 2 7

4.4 Analisis Near Miss Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

4.5 Pencapaian Calon-calon Cemerlang PT3 Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 19 | 2 7

5. Post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 Tahun 2019
5.1 Pencapaian Tingkatan 2 Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

5.2 Perbandingan Bilangan Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 20 | 2 7

5.3 Perbandingan Peratus Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

5.4 Analisis Near Miss Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 21 | 2 7

6. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1 Tahun 2019
6.1 Pencapaian Tingkatan 1 Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

6.2 Perbandingan Bilangan Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 22 | 2 7

6.3 Perbandingan Peratus Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

6.4 Analisis Near Miss Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 23 | 2 7

7. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Peralihan tahun 2019
7.1 Pencapaian Peralihan Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

7.2 Perbandingan Bilangan Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 24 | 2 7

7.3 Perbandingan Peratus Lulus dan Gagal Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019

7.4 Analisis Near Miss Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 25 | 2 7

Tuan pengerusi meluahkan perasaan bimbang terhadap pencapaian
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 bagi semua tingkatan. Beliau memohon
semua guru mengambil tindakan pembetulan dan penambaikan yang
sewajarnya agar dapat meningkatkan pencapaian sekolah pada masa akan
datang. Guru-guru diminta melaksanakan intervensi yang dirancang secara
lebih sistematik dan berjadual mengikut kumpulan murid sasaran.

Tuan Pengerusi meminta semua ketua panitia mengadakan Mesyuarat Panitia
Bilangan 3 Tahun 2019 mengikut ketentuan tempoh yang telah ditetapkan
seperti jadual di bawah.

Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia adalah
seperti yang berikut:
1. Menyenaraikan murid yang belum mencapai tahap minimum.
2. Mengenal pasti defisit pembelajaran mata pelajaran kritikal.
3. Merancang program berfokus untuk Bahasa Melayu & Sejarah.
4. Merancang dan melaksanakan program berimpak tinggi bagi mengurangkan

bilangan gagal bagi setiap mata pelajaran.
5. Melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap semua program dan

aktiviti yang tiada impak ke atas pencapaian.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

8. Pentaksiran Bilik Darjah

Tuan pengerusi meminta semua guru memberi perhatian sepenuhnya terhadap
pengoperasian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah adalah tanggungjawab semua guru di
sekolah.
PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid.
Pentaksiran Bilik Darjah:
1. Wajib dilaksanakan di kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 dan Menengah

Atas bagi semua Mata PelajaranEelektif Ikhtisas (MPEI).
2. Penjaminan kualiti PBD perlu dimantapkan.
3. Pelaporan PBD kepada ibu bapa perlu dibuat untuk semua tingkatan, bukan

hanya kepada ibu bapa Tingkatan 3 sahaja.
Tindakan : Semua Guru Subjek

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 26 | 2 7

9. Pencerapan dan Semakan Buku Latihan

Pencerapan guru dan buku latihan, WAYS dan 115 akan dilaksanakan secara
berterusan. Semua guru diminta mematuhi Jadual Pencerapan yang telah
ditetapkan. Guru-guru dikehendaki menghantar semua buku latihan untuk
dicerap bagi setiap kelas yang diajar. Tuan pengerusi memaklumkan bahawa
data pencerapan digunakan untuk penilaian SKPM.

Tindakan : Barisan Pentadbir

V. HAL-HAL LAIN

10. Pn. Azlin binti Kamallulariffin memaklumkan bahawa masih tiada guru
pengganti untuk Guru Tingkatan 305 sejak Pn Yvonne Ooi Yeng Bee
bertukar sekolah.
Tindakan : Pihak Pentadbir

11. Beliau juga memaklumkan bahawa seramai 9 orang pelajar dari Tingkatan
4 akan menyertai Kem Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Lumut
mulai 6 -15 Julai 2019. Menurut Pn. Azlin binti Kamallulariffin, pelajar-
pelajar di kalangan cina dan india tidak berminat. Beliau memohon jasa
baik guru-guru lain agar dapat memujuk mereka supaya mereka bersetuju
untuk menyertai kem ini.
Makluman

VI. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang. Mesyuarat Bil. 4 Tahun 2019 akan
dimaklumkan kemudian.
Makluman

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3/2019 27 | 2 7


Click to View FlipBook Version